Sabtu, 26 Disember 2009

SIAPA PUNYA



Isu hak milik royalti kerajaan kelantan masih lagi menjadi isu hangat rakyat malaysia khususbya rakyat kelantan sendiri.kerajaan pusat dan kerajaan kelantan masing-masing memberikan hujah tersendiri dalam usaha untuk membuktikan kebenaran masing-masing.

kerajaan pusat mendakwa kerajaan kelantan tidak layak untuk mendapatkan hak milik royalti kerana kawasan penggalian itu berada pada titik pertindihan dengan thailand. oleh itu kerjaan memutuskan untuk sekadar memberi wang ehsan kepada kerajaan kelantan.

Di pihak kerajaan negeri pula,kerajaan kelantan diketuai oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa kerajaan kelantan sepatutnya berhak mendapat hak royalti dan bukannya sekadar memperoleh wang ehsan. beberapa hujah untuk membuktikan kelantan memang layak mendapat hak royalti telah dikemukakan..royaltikelantan!

siapa betul????

Khamis, 24 Disember 2009

KERAJAAN TERENGGANU MEMALUKAN

Baru2 ni negeri tersayang terengganu telah dikejutkan dengan berita yang x disangka.satu lagi runtuhan telah berlaku di terminal pengangkutan awam d daerah hulu terengganu. Ini merupakan kejadian ketiga setelah kejadian runtuhan stadium sultan mizan zainal abidin d gong badak dan sebuah masjid.

ketiga-tiga projek ini merupakan projek yang diusahakan oleh kerajaan BN terengganu. Kejadian ini menjadikan kerajaan terengganu lebih dikenali sebagai terengganu darul runtuh. Inilah hadiah terbaik daripada kerajaan BN terengganu.

Persoalannya adakah kerajaan BN masih relevan untuk terus memerintah kerjaan terengganu setelah segala apa yang berlaku.belum lagi dibongkar kebejatan dalam penggelapan hasil kewangan negeri dan hasil mentah negeri.

Rakyat terengganu seharusnya lebih peka dan cakna pada perkembangan terkini.setelah berbagai janji ditabur untuk mengaburi mata rakyat,namun realitinya hanya omong kosong.kadar kedmiskinan rakyat terengganu masih lagi berada d takuk bawahan jika dibandingkan dgn negeri2 lain d semenanjung.

Jumaat, 20 November 2009

KITA NAK YANG MANA

Assalamualaikum w.b.t

Ini adalah post terbaru untuk bulan ni setelah beberapa orang sahabat menanyakan alasan kenapa blogku tiada post baru.

sekadar renungan dari sebuah cerita..

Di sebuah ladang yang mana setiap orang menanam ubi kentang di dalam ladang tersebut. ubi kentang ini akan diasingkan mengikut saiznya iaitu kecil, sederhana dan besar. Selepas itu ubi kentang tersebut akan dipek seterusnya dimasukkan ke dalam lori. Kemudian ubi kentang yag telah siap dipek tersebut akan dihantar ke bandar untuk dijual dan mendapatkan hasil yang lumayan.

Namun begitu, terdapat seorang insan ini yang tidak mengasingkan ubi kentang tersebut sebagaimana rakan-rakannya yang lain. Akan tetapi dia tetap mendapat hasil yang lumayan daripada jualan ubi kentang tersebut. Lalu rakannnya bertanya apa rahsianya dia dapat mendapat hasil yang banyak tanpa mengasingkan ubi kentang yang berkualiti dan tidak berkualiti mengikut saiz kecil, sederhan dan besar tadi. Lalu insan ini menjawab,

"aku hanya melonggokkan semua ubi tersebut ke dalam loriku. Lalu aku membawanya ke bandar untuk dijual sebagaimana yang anda lakukan. Tetapi aku memilih jalan yang paling berliku dan mencabar untuk sampai ke bandar. Dalam perjalanan yang mencabar itulah ubi-ubi yang kecil akan jatuh ke bawah, sederhananya di tengah dan yang besarnya di atas"

Melalui respon di atas, kita boleh analogikan ubi kentang itu dengan manusia. Realiti kehidupan ini menjanjikan manusia itu akan berhadapan dengan berbagai-bagai ujian. Salah satu bentuk ujian dan masalah yang biasa dihadapi adalah kewangan yang tidak stabil, akademik yang kurang baik, tugasan yang melambak dalam satu masa, timbunan kerja sehinggakan tidak cukup tidur, dimarah dan ditekan kerana kerja kurang sempurna dan seumpamanya. Apapun kisah ubi kentang di atas boleh kita jadikan sebagai satu pembakar semangat bagi kita. Bahawa untuk menjadi terbaik itu memerlukan kerja keras dan tidak mengenal putus asa. Kita perlu tabah melalui setiap liku-liku yang singgah dalam kehidupan kita.

Sebagaimana ubi yang besar itu setelah melalui jalan yang penuh liku untuk sampai ke bandar, akhirnya ia berada di atas. Kita sekarang hanya tinggal untuk memilih. Adakah kita ingin menjadi ubi kentang yang kecil, sederhana atau yang besar??

Isnin, 5 Oktober 2009

SABAR VS UJIAN

hampir sebulan blog ni dibiarkan tanpa pos2 terbaru..
sekadar perkongsian dari kuliah subuh yang dihadiri beberapa hari yang lalu berkenaan sabar dan ujian yang datang daripada AllaH S.W.T

3 bentuk kesabaran
(1) Brsabar dlm melakukan ketaatan kpd Allah
(2) Brsabar dlm menjauhi maksiat/perkara yg dilarang oleh Allah
(3) Brsabar dlm mghadapi ujian kehidupan.

4 sebab mengapa ujian diturunkan :
(1) Ketinggian darjat seseorang di dunia & di akhirat
(2) Satu bentuk tarbiyah/pnddkn/pmbntukan diri manusia
(3) Satu bentuk perhambaan kepada Allah
(4) Allah ingin memberi ganjaran pahala kpd hambanya

Di sini kita dapat melihat betapa hidup manusia itu sememangnya tidak lari daripada ujian daripada Pencipta kita sendiri. Kadang2 kita diuji dengan kesenangan yang berlimpah ruah dan kadang2 dalam keadaan yang dirasakan sempit. contoh paling dekat mungkin dapat dilihat dari sudut akademik bagu seorang pelajar. ramai yang bersungut apabila diuji dengan markah atau keputusan yang rendah walaupun telah membuat persiapan yang terbaik (bukan bagi orang yg tidak berusaha). sedangkan mungkin dengan markah yang rendah itu Allah ingin menaikkan martabat seorang insan di sisi-Nya. mungkin juga sebagai kifarah bagi dosa2 yang kita lakukan. bagi yang mendapat keputusan yang baik, boleh jadi keputusan itu menjadikan diri kita semakin renggang dengan Allah Taala dan mengikis sifat tawaduk kita. maka menjadi kemestian bagi kita untuk SELALU meminta kekuatan dan petunjuk dari Allah dalam segala ujian yang kita hadapi.

kesabaran untuk menghadapi ujian bukanlah sesuatu yang mudah untuk menjadi amalan bagi manusia. berdasarkan pengalaman diri yang kerdil ini, sering terkhilaf kecewa dan berputus asa dengan ujian yang sampai.moga Allah mengampuni dosaku itu. kadang2 terasa diri ini kerdil dan lemah untuk menanggng beban taklifan yang diperoleh lantaran keupayaan yang dirasakan masih lagi kurang. pernah juga mendengar keluhan sahabat yang merasakan dirinya sudah tidak mampu memikul amanah yang ditanggung di pundaknya lantaran putus asa atas ujian yang sampai. namun satu perkara yang harus diingat "Allah tidak menguji seseorang melainkan mengikut kemampuan dirinya ". di sinilah perlunya sabar dalam menghadapi ujian.

dalam konteks berukhwah pula kita boleh menilai bagaimana kita ingin menanamkan sifat sabar menghadapi ujian berbentk kerenah sahabat kita yang kurang menyenangkan, serta kadang2 tersilap langkah terhadap kita. oleh itu penghayatan tentang ilmu sabar dan mujahadah untuk menjadikan kesabaran itu sebagai darah daging dalam hidup kita merupakan kemestian. sabar itu juga adalah asas yang sangat penting untuk terus istiqamah bagi orang yang ingin menegakkan Islam dalam dirinya, keluarga, masyarakat,negara dan dunia. untuk melakukan ketaatan itu sememangnya memerlukan kita membayar sabar dengan harga sabar yang cukup tinggi.

hidup dalam zaman yang serba moden ini pula pasti mendedahkan kita pada godaan dosa dan maksiat yang sangat kuat. perhubungan antara lelaki dan perempuan yang begitu bebas jelas sekali telah merosakkan ketamadunan itu sendiri. pelbagai rancangan di televisyen dan penyalahgunaan internet yang berleluasa ketika ini jelas menyebabkan kemerosotan akhlak dan adab muda-mudi zaman kini makin parah. mereka menganggap bergelumang dengan aktivit tidak senonoh dan mendorong kepada kemaksiatan menjadi satu kebanggan. harus diakui bahawa kita telah kembali pada satu tamadun yang sangat buruk dan menjengkelkan. tapi di sinilah perlunya kesabaran mengahadapi godaan kemaksiatan dan kemungkaran yang datang kepada kita. kesabaran itu perlu untuk kita bersiap sedia menjadi agen perubahan bagi sistem sosial yang tercalar ini.

sekadar renungan dari hamba yang kerdil..

Sabtu, 12 September 2009

Muhasabah Bagi Kita

Alhamdulillah aku baru pulang ke bilik setelah malam yang agak padat dengan aktiviti.mula dengan test selepas berbuka diikuti dengan interview RCSU dan meeting selepas itu memang memerlukan fokus yang tinggi. selepas itu aku sempat berbicara dengan beberapa sahabat mengenai fokus peranan mahasiswa dalam nak menyampaikan syiar Islam kepada masyarakat. persoalannya yang mana perlu diutamakan dalam konteks mahasiswa. Dalam tidak menafikan kepentingan mahasiswa memainkan peranan dalam kegiatan luar kampus namun adakah peranan sebagai penggerak Islam di dalam kampus harus dipandang enteng?

Jika dilihat pada fenomena yang berlaku sekarang ini seolah-olah mahasiswa yang mendakwa membawa mesej islam semakin didagangkan di peringkat nasional. Pada masa yang sama kita melihat keadaan di kampus semakin pudar dan lesu oleh golongan mahasiswa yang telah diikat pemikiran mereka dari hakikat hidup yang sebenar dan diulit indahnya mimpi realiti hidup pada zaman ini.

Oleh itu kita perlu pada satu muhasabah diri untuk menyusun strategi sebaik mungkin dalam erti kata mendahulukan yang utama. Ertinya di sini kita memerlukan penyusunan semula method dakwah dalam kalangan mahasiswa yang memerlukan satu nafas baru dan dimensi baru yang dapat menguhkan jiwa-jiwa pendokong islam itu sendiri dalam jalan yang dilalui oleh mahasiswa. Pemikiran kita, kesedaran kita, kerisauan kita pada kebejatan sosial di kampus harus sama-sama diperhalusi untuk mencapai matlamat agar mahasiswa di seluruh kampus di bumi malaysia ini dapat menjadi mahasiswa yang sejati. Sejati yang dimaksudkan adalah mahasiswa yang benar-benar menghayati kembali keunggulan islam agar golongan mahasiswa ini dapat menjadi apa yang dikatakan sebagai tulang belakang pada revolusi mengembalikan pengislaman orang islam khusus sebagai benteng untuk menentang golongan-golongan yang anti pada kemurniaan islam.

Pastinya asas ini perlu dimulai dengan perubahan dalam diri masing-masing terlebih dahulu. Menjadi satu agenda penting bagi kita adalah untuk mendekatkan diri dengan Allah sebagai sumber kekuatan untuk teguh, istiqamah dalam usaha yang berat ini. Maka cara untuk mendekatkan diri dengan Allah harus pada penghayatan kita terhadap kualiti ibadat seharian kita. Bermula dengan ibadat fardhu pada solat, puasa, study sehingga pada yang sunat umpama zikrullah dan bacaan al-Quran. Andai hal ini dapat dijadikan satu ibadat yang dihayati kemanisannya dan bukannya sekdar menjadi rutin kita, maka seruan kita pasti menuju jalan pencerahan. Insyaallah andai diizinkan-Nya maka seruan kita akan sampai pada setiap jiwa-jiwa yang halus yang masih berada dalam fitrah penciptaan-Nya.

wassalam.

Isnin, 31 Ogos 2009

HADIAH MERDEKA

hari ni 31 ogos 2009 kerajaan malaysia telah melakukan perkara yang sangat mulia sebagai satu hadiah kepada rakyat malaysia sempena hari merdeka.

minyak Ron 97 dinaikkan harga pada RM2.05 manakala Ron 95 pada RM1.80.

apakah alasan yang digunakan bagi menaikkan harga minyak ini.?apakah muslihat di samping kenaikan harga minyak yang tiba2 ini..

wait and see......

Khamis, 13 Ogos 2009

siapa kita

dunia
tempat tinggal manusia
baik,jahat,semua tinggal sekali
mencorak rumah dunia
saling bercakaran
mengikut kepala sendiri

manusia
itu apa?
insan terbaik atau binatang durjana?
lalu apa
makin lama makin menjadi
semakin mengada-ngada
berlagak tuan padahal hina
merasa kuat padahal lemah

pelik
di mana insan yang layak?
sampai bila dunia begini
rumah dunia ini perlu dibaiki
perlu ditampung bocor-bocor yang ada
harus diganti keperluan yang buruk

ayuh
mantapkan diri
kukuhkan akhlak dan sikap
tegarkan jiwa yang kudus
tetapkan hati yang kental
kembali berpandu pada ajaran Pencipta
agar kita menjadi perubah dunia
agar kita mewah di rumah baru
bukan rumah keruntuhan tamadun

Selasa, 11 Ogos 2009

MENGHARAP PADA PENCIPTA

hidup manusia itu memang tak selalu senang.kadang2 gembira, tertekan, sedih dan
pelbagai lagi perasaan yang sememangnya menjadi fitrah dalam diri manusia.
namun harus diakui bahawa setiap masalah yang kita rasakan pasti tidak lari dari percaturan
Pencipta kita sendiri iaitu ALlah SWT.Dia Maha Mengetahui segala apa yang berlaku terhadap hambaNya. setiap ujian pasti setimpal dengan kemampuan seseorang itu. sesungguhnya setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati.

oleh itu sebagai seorang makhluk yang kerdil yang percaya pada kekuasaan Allah SWT, maka kita tidak boleh lari untuk meminta pertolongan Allah dalam setiap masalah yang kita hadapi.sesungguhnya Allah adalah sebaik tempat untuk kita meminta pertolongan sebelum kita berikhtiar melalui pertolongan makhluk. sekadar coretan untuk mengubat hati dek keasyikan dalam bekerja.

Sabtu, 18 Julai 2009

BAIKNYA KERAJAAN AKU

satu lagi hadiah daripada kerajaan pada rakyat yang disayangi.kenaikan tambang pengangkutan awam termasuk kereta sewa,bas henti2,bas ekspress dan seumpamanya

.



dikatakan usul yang diluluskan kabinet pada 17 Jun lalu menunjukkan tambang yang dinaikkan dari kadar 1.2 sen hingga RM 31.70 di seluruh Malaysia.ini membabitkan kenaikan 2 sen hingga RM 6.33 di semenanjung dan 2 sen hingga Rm 31.70 di sabah dan 1.2 sen hingga RM 2 di sarawak.

point2 yang boleh nak cakap kat sini berkenaan isu ini.

1- kerajaan memang sayangkan rakyat
2- kebajikan rakyat memang diutamakan
3- rakyat malaysia sekarang sangat kaya dari segi pendapatan perkapita
4- kerajaan sangat cakna dengan kebajikan rakyat.
5- slogan 1malaysia mula dirasai

*mampuih dah aku nak balik terengganu kekgi.

Selasa, 14 Julai 2009

prk manik urai

akhirnya keputusan pilihanraya dun N 41 manik urai telah pun diumumkan.keputusan menunjukkan kemenangan telah diraih oleh calon PAS yang lebih dikenali sebagai abe uji dalam kalangan penduduk kampung.abe uji telah menewaskan lawannya daripada BN dengan majoriti sebanyak 65 undi.(klik)

keputusan ini sedikit sebanyak menggugat kedudukan BN yang sebelum ini sangat yakin untuk menang dalam kempen mereka.sementara di pihak PAS pula ini merupakan satu kelangsungan kemenangan yang telah dicapai dalam pilihanraya yang lalu.

isunya di sini bagaimana PAS masih mampu mengekalkan kerusi yang dimenangi dan mengapa BN sekali lagi gagal untuk merampas kerusi manik urai daripada PAS?? pelbagai isu telah dimainkan oleh barisan daripada kedua-dua pihak harus mampu membuat rakyat melakukan pilihan terbaik untuk memilih para pemimpin mereka.dari isu royalti minyak,negara islam,dasar parti,calon yang berpendidikan rendah dan banyak lagi isu dimainkan.sampai pada satu masa kenyataan daripada kedua-dua pihak agak mengelirukan rakyat malaysia amnya dan manik urai khasnya.kadang-kadang isu yang tidak berkenaan manik urai pun turut diheret sama.

pokoknya di sini ialah mengapa sampai demikian sekali perebutan daripada kedua-dua parti.adakah mereka ikhlas untuk berkhidmat pada rakyat,menegakkan syiar Islam,menyebarkan fikrah Islam?atau sekadar untuk mendapat nama,dapat elaun dan berbagai kesenangan dunia yang lain.?fikir-fikirkan calon pemimpin kita yang terbaik.jangan terpengaruh hanya dengan satu sumber.

Khamis, 9 Julai 2009

PPSMI Dimansuhkan

akhirnya kerajaan akur kepada desakan rakyat dengan memansuhkan sistem ppsmi yang telah dimulakan sejak 2003.ironinya ada juga pandangan yang tidak setuju dengan pemansuhan ini yang akan bermula pada 2012.pelik betul buat salah tak buat pun salah.
apapun keputusan ini telah diumumkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin (klik) .

tindakan yang dilakukan oelh kementerian pelajaran ini turut disambut baik oleh pimpinan pembangkang termasuk pas dengan ulasan yang diberikan oleh cikgu pa bahawa inilah keputusan yang ditunggu oleh rakya.

satu lagi yang menarik berkenaan isu ini ialah pandangan dari Tun Dr Mahathir yang seakan-akan tidak merestui pemansuhan ini.di satu sudut yang lain Tun bersetuju dengan langkah kerajaan untuk menambah bilangan guru yang mengajar bahasa inggeris.mungkin ini satu tamparan kepada Tun kerana sistem ppsmi ini merupakan sistem yang telah diinisiatifkan olehnya sendiri.jadi tidak hairan andai Tun kecewa dengan pemansuhan ini.apapun beliau perlu sedar kepimpinan bukan lagi di tangan beliau.

tinggalnya sekarang hanya menunggu masa 2012 untuk kita kembali kepada pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa ibunda.kemudian kita lihat adakah perubahan sistem ini akan membawa kebaikan dengan keputusan yang lebih cemerlang terutama bagi pelajar bumiputera.sama2 kita tunggu dan lihat.

betul ke cinta??

humm..dah lame aku tinggalkan blog ini sepi tanpa isi.bukan apa hanya kekeringan isu ditambah dengan perasaan malas untuk menganalisa isu2 terkini yang hangat diperkatakan terutama isu politik dan pilihan raya manik urai yang menjelang tiba..

apapun sekadar menghilangkan tekanan aku rasa ada baiknya aku gunakan masa terluang ini untuk mengtarakan apa yang tersirat dalam hati ini.

baru tadi aku bergurau dengan kawanku tentang perancangan masing2 untuk memilih pasangan yang sesuai untuk kahwin.satu isu yang mungkin tidak patut difikirkan bagi seorang mahasiswa tetapi realitinya inilah isu yang paling dekat dengan insan yang bergelar remaja termasuk mahasiswa yang baru melangkah ke menara gading. dalam sembang2 dengan kawanku tadi terkeluar isu yang pelajar junior aku ada yang sudah berani berdating sedangkan baru beberapa bulan mendaftar sebagai mahasiswa universiti.

isu cinta, couple, dating ini sememangnya telah menjadi seakan kebiasaan bagi orang muda zaman ini.yang lebih menyedihkan majoritinya beragama Islam.dan bangsanya melayu. kadang2 rasa menyampah tengok gelagat2 orang yang bercouple ni.rasa nak terajang je.bila ditegur dimaki hamun kita balik.ada juga yang tersipu-sipu malu.lepas tu buat balik.aku sendiri pun tak faham dengan orang sekarang.tambah parah bila ditanya tahu atau tidak tak boleh keluar dua-dua laki dan perempuan.ramai yang jawab tahu dengan bermacam-macam alasan bodoh untuk menghalalkan kerja x bertamadun mereka.

pokoknya siapa yang patut disalahkan.bagi aku antara orang yang paling bertanggungjawab adalah ibu bapa.aku pun pelik.kalau nak diikutkan ibu bapa zaman sekarang ramai kononnya dah maju pemikiran dan dah pandai.bukan macam ibu bapa zaman dulu kerja nelayan, menoreh getah.low class la katakan.tapi makin cerdik ibu bapa makin bodoh pulak anak2 mereka.maaf la kalau bahasa aku kasar cket.tapi itulah hakikatnya.memang aku naik meluat tengok telatah remaja sekarang ni.kalau bahasa kasar lagi masa aku kat kampung ni lah yang selalu kawan aku cakap "KECIK2 TAK NAK MAMPUS,BESAR2 SUSAHKAN ORANG!!"

aku rasa ayat ni sesuai untuk remaja zaman sekarang ni yang tak sedar diri dan berlagak pandai.hummm.,dunia punya pasal...

Jumaat, 22 Mei 2009

RESAH

assalamualaikum....
alhamdulillah akhirnya ada juga masa untuk menulis kembali di blog ini setelah agak lama menyepi.
saat ini merupakan saat yang agak mendebarkan bagi diriku kerana masih dalam mood exam.
aku masih ada satu paper lagi untuk dihabiskan bagi final kali ini iaitu engineering mechanics.

ya Allah,aku memohon kekuatan dan petunjuk daripadaMU ya Allah agar diberikna aku kemenangan dalam perjuangan ini.

aku sebenarnya agak bimbang pada final kali ini sekiranya gagal mencapai standard yang ditetapkan oleh penaja ku PETRONAS kerana andai aku gagal,maka aku akan dikenakan consequence management yang beemakna biasiswa aku akan disekat untuk satu semester dan aku perlu menunjukkan peningkatan bagi keputusan aku pada semester depan selari dengan standard yang ditetapkan penaja.

tapi insyaallah aku yakin akan pertolongan yang Allah janjikan.

Jumaat, 6 Mac 2009

DI MANAKAH DEMOKRASI ITU???

Baru-baru ini negara dikejutkan dengan satu peristiwa yang julung-julung kalinya terjadi di negara Malaysia yang berdaulat ini. Tidak pernah dalam sejarah Tanah Melayu sidang DUN kerajaan negeri diadakan di bawah pokok atas alasan para ADUN tidak dibenarkan masuk ke Dewan Undangan Negeri kerana disekat pihak polis. Namun hal ini telah terjadi di negeri Perak darul Redzuan pada 3 Mac lalu. Sesuatu yang agak pelik di sini adalah siapa yang lebih berkuasa? polis atau speaker dewan? Tambah merumitkan media massa dan akhbar-akhbar seperti berita harian dan utusan malaysia terutamanya terus menekan para wakil rakyat Pakatan Rakyat ini. Tuduhan sebagai penderhaka dan penentang demokrasi dan bermacam-macam tuduhan lagi dilemparkan kepada meraka.

Persoalany di sini adakah benar segala tuduhan-tuduhan tersebut? Sedangkan mengikut perlembagaan sendiri kuasa menetapkan tempat bersidang terletak pada tangan speaker dewan dan hal-hal berkaitan. Ini merupakan ulasan daripada pakar perlembagaan merangkap pensyarah undang-undang UIAM iaitu Prof Abd Aziz Bari. Tambahan pula semua ahli dewan tidak dibenarkan masuk ke dewan atas sekatan pihak polis yang kononnya mendapat arahan daripada Setiausaha Kerajaan Negeri (Abdullah Antong). Oleh itu tidak menjadi kesalahan atau timbul isu mencabar perlembagaan di sini kerana tindakan V.Sivakumar sebagai speaker dewan itu tidak salah dissi undang-undang negara kita ini.

Hakikat yang perlu kita terima fikirkan disini adakah benar para pemmpin kita mengamalkan demokrasi dalam pentadbiran negara kita? Situasi sekarang menampakkan seolah-olah ruang demokrasi itu ingin ditutup serapat-rapatnya. Di manakah demokrasi itu jika hak media yang selalu berat sebelah? Di manakah demokrasi itu jika badan kerajaan seperti pihak polis dimanipulasikan hanya ntuk kepentingan sebelah pihak? Apa yang lebih jelas di sini ialah perasaan gila kuasa dan tamakkan harta dan pangkat pemimpin-pemimpin kita semakin ketara. Hak rakyat untuk menentukan pimpinan mereka seolah-olah dipandang sepi dan ini menunjukkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat bukan menjadi keutamaan mereka..

Khamis, 12 Februari 2009

kehidupan di dunia ini tidak lain adalah merupakan satu perniagaan bagi setiap insan. pelaburan dan modal yang dikeluarkan sepanjang keidupan di dunia ini pastinya akan menuai hasil pada hari perhitungan kelak. untung ruginya perniagaan seseorang itu akan diketahui setelah selesai pertimbangan al-mizan. sekiranya yang kita niagakan itu berupa amal soleh berupa segala ibadat yang disuruh Allah dengan "IKHLAS" maka beruntunglah manusia pada hari tersebut. namun sekiranya pelaburan kita berupa kemaksiatan dan kemungkaran yang berterusan maka jadilah kita golongan yang rugi dalam perniagaannya. ramai mengetahui bahawa golongan yang beruntung itu keuntungannya ialah Syurga dan yang rugi itu balasannya adalah Neraka. lantas mengapa ramai dalam kalangan kita seolah-olah memandang enteng hal ini?

secara asasnya kita di Malaysia berada dalam kondisi yang sangat selesa seinggakan kita lupa dan alpa bahawa kehidupan kita ini sekadar pinjaman sahaja. oleh yang demikian wajar kita bangun daripada lamunan di siang hari mahupun enak mimpi di kala tidur malam. golongan muda terutamanya yang merupakan kunci kejayaan sebuah tamadun dan juga empayar dunia harus segera bangkit memperbaiki diri serta memajukan diri dengan kelengkapan ilmu duniawi dan ukhrawi. bilakah akan lahir pemuda seperti Tariq bin Ziyad mahupun Sultan Muhammad Al-Fateh? sememangnya kita telah kesuntukan masa. para pemuda Islam perlu sedar tanggungjawab mereka untuk mengembalikan kegemilingan Islam.

bagi menuju ke arah itu para pemuda khususnya mahasiswa mempunyai kekuatan mental dan fizikal yang teguh. kekuatan yang berupaya menangkis segala onak duri dan badai yang bakal dihadapi. seterusnya golongan muda harus mengisi dada dengan segala ilmu yang ada. jika golongan pemuda kosong jiwanya, kosong pemikirannya, kosong ilmunya maka semakin lemahlah umat Islam. setiap pemuda harus memperbaiki akhlak mereka dengan akhlak yang diajarkan oleh Rsulullah s.a.w. supaya dengan akhlak yang baik ini menjadi tarikan dan keberkatan ke atas usaha yang dilakukan.

"TIDAK ALLAH JADIKAN JIN DAN MANUSIA ITU MELAINKAN UNTUK BERIBADAT KEPADA ALLAH"

WALAHUA'LAM...



Khamis, 5 Februari 2009

best gak h4i

alhamdulillah akhirnya dapat juga aku nak menulis dalam blog ini sekali lagi.dua hari yang lepas telah berlangsung perasmian event Heart 4 Islam di bumi UTP ini.perasmian ini telah dilangsungkan di chancellor hall utp yang dirasmikan oleh tuan rektor sendiri.Alhamdulillah flow pada malam tersebut berjalan agak lancar walaupun kehadiran tidak penuh.kerana terdapat juga tempat duduk yang agak 'lengang'.

secara keseluruhannya keadaa pada malam tersebut agak memuaskan jika dibandingkan dengan persiapan rehearsal yang kami lakukan.bermula dari menyambut ketibaan rektor walaupun terlambat sedikit sehinggalah pada kemuncaknya iaitu slot gimik yang mana aku adalah salah seorang daripada budak gimik pada malam itu.demi untuk menjayakan salah satu event Islam di bumi utp ini aku menebalkan muka untuk menjayakan gimik pada malam itu.kalau nak tahu apa gimik kitorang buat researh.hehe.sehhinggalah kepada acara forum yang menampilkan ahli panel ust ann wann seng dan ust mohd pisol,segalanya berjalan agak lancar kecuali sewaktu penyampaian souvenir oleh tuan rektor apabila tiba2 je dia tukar tmpat bagi souvenir.tak mengapala asalkan semuanya selamat. namun begitu masih banyak lagi kekurangan yang perlu diperbaiki yang berjaya kami cungkil sewaktu post mortem.

asasnya di sini ialah betapa aku ingin orang tahu bahawa Islam tidak pernah menghalang seseorang daripada berhibur ataupun untuk bersuka ria.akan tetapi cara atau syariat itu perlu kita patuhi dan kita ikuti.diadakan event ini di bumi utp ini adalah sebagai satu alternatif kepada mahasiswa dan orang luar untuk mengisi masa lapang mereka dengan aktivit2 yang bermanfaat dan dalam masa yang sama kita dapat menyampaikan mesej dakwah secara tidak langsung.ini kerana dek terlalu banyak event2 di utp ini yang membawa mahasiswa kepada hiburan dan aktiviti yang langsung tidak berfaedah dan mematikan hati insan itu sendiri menyebabkan perlunya dijalankan heart 4 Islam ini degan sebaik mungkin dengan harapan mesej dakwah itu akan sampai kepada golongan sasara.

disediakan dalam event ini program malam inspirasi seni yang memberi peluang kepada pelajar untuk menonjolkan bakat mereka dalam seni suara akan tetapi tidak lari daripada syariat Islam itu sendiri insyaallah.diadakan juga maraton kampus yang memberi peluang kepada pelajar untuk bersukan akan tetapi dalam batasan menutup aurat.jadi di sini jelas cara untuk berdakwah itu adalah luas dan kita haruslah memanfaatkan segala medium yang ada.asalkan matlamat kita satu iaitu mencari redha ALLAH.