Selasa, 14 Julai 2009

prk manik urai

akhirnya keputusan pilihanraya dun N 41 manik urai telah pun diumumkan.keputusan menunjukkan kemenangan telah diraih oleh calon PAS yang lebih dikenali sebagai abe uji dalam kalangan penduduk kampung.abe uji telah menewaskan lawannya daripada BN dengan majoriti sebanyak 65 undi.(klik)

keputusan ini sedikit sebanyak menggugat kedudukan BN yang sebelum ini sangat yakin untuk menang dalam kempen mereka.sementara di pihak PAS pula ini merupakan satu kelangsungan kemenangan yang telah dicapai dalam pilihanraya yang lalu.

isunya di sini bagaimana PAS masih mampu mengekalkan kerusi yang dimenangi dan mengapa BN sekali lagi gagal untuk merampas kerusi manik urai daripada PAS?? pelbagai isu telah dimainkan oleh barisan daripada kedua-dua pihak harus mampu membuat rakyat melakukan pilihan terbaik untuk memilih para pemimpin mereka.dari isu royalti minyak,negara islam,dasar parti,calon yang berpendidikan rendah dan banyak lagi isu dimainkan.sampai pada satu masa kenyataan daripada kedua-dua pihak agak mengelirukan rakyat malaysia amnya dan manik urai khasnya.kadang-kadang isu yang tidak berkenaan manik urai pun turut diheret sama.

pokoknya di sini ialah mengapa sampai demikian sekali perebutan daripada kedua-dua parti.adakah mereka ikhlas untuk berkhidmat pada rakyat,menegakkan syiar Islam,menyebarkan fikrah Islam?atau sekadar untuk mendapat nama,dapat elaun dan berbagai kesenangan dunia yang lain.?fikir-fikirkan calon pemimpin kita yang terbaik.jangan terpengaruh hanya dengan satu sumber.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan