Selasa, 23 November 2010

BN ADAKAN KEAHLIAN TERUS

Laporan Berita Harian bertarikh 21/11/2010 menyiarkan kenyataan Datuk Seri Najib berkenaan tindakan Dewan Tertinggi Barisan Nasional yang meminda perlembagaannya untuk membenarkan sesiapa juga boleh memohon keahlian terus tanpa menjadi ahli mana-mana parti komponen BN berkuat kuasa serta merta. Usaha ini dilakukan untuk menjadikan BN sebagai sebuah parti yang lebih inklusif dan terbuka. Beliau juga turut menyatakan untuk mewujudkan Kelab Rakan Muda BN bagi remaja berumur 18-21 tahun yang masih belum layak mengundi.Turut diwujudkan ialah Kelab Sahabat BN. Salah satu tujuannya ialah untuk membolehkan mana-mana individu yang berminat untuk menjadi ahli kelab ini dan belajar untuk menghayati perjuangan BN.

Langkah-langkah yang dinyatakan di atas dilihat sebagai satu cara untuk menarik perhatian masyarakat kepada politik. Hal ini mampu memberikan peluang kepada rakyat untuk lebih terbuka apabila berbicara hal politik.

Pada satu sudut yang lain, kita boleh melihat bahawa tindakan BN ini seolah-olah menggambarkan bahawa sokongan terhadap parti komponen BN semakin berkurang sehingga terpaksa meminda perlembagaan. Kita boleh mengatakan bahawa tindakan ini merupakan satu pendekatan yang kontemporari dan selari dengan senario semasa. Tetapi dari sudut yang lain, ini menunjukkan bahawa BN lebih menumpukan kepada sokongan untuk memenangi pilihanraya. Sebagai sebuah parti yang telah lama wujud dalam arena politik tanah air, mereka perlu lebih tegas dalam memperkukuhkan dasar mereka. Mereka perlu menang dengan dasar perjuangan mereka. Usaha mewujudkan sistem keahlian terus ini dilihat lebih untuk meraih undi. Oleh itu saya melihat tindakan ini seakan-akan satu alternatif oleh BN untuk menampung kelemahan yang ada dalam setiap parti komponen BN.

Mengapa sampai harus menubuhkan kelab sahabat dan rakan muda? Adakah kerana sangat terdesak dan bimbang jika rakyat menghukum mereka pada PRU 13 nanti? Adakah kerana mereka ingin mengesan siapa golongan kiri? Adakah kerana mereka sudah kehilangan dengan kekuatan parti komponen yang ada?

Sebetulnya, BN tidak perlu melakukan semua perkara ini. Tetapi apa yang harus dibuat ialah menukar dasar yang ingin dibawa kepada rakyat supaya lebih adil dan saksama. Mana-mana parti yang bergerak untuk kepentingan sesuatu kaum perlu menjadi lebih fleksibel dan selari dengan senario semasa. Mereka perlu sedar sikap rasis pasti akan ditolak oleh rakyat. Jika mereka benar ingin memperjuangkan hak rakyat dan ingin mendapatkan undi rakyat, segala kebejatan mereka yang didedahkan oleh media alternatif harus diperbaiki dan diambil pengajaran. UMNO pula sejujurnya perlu turut sama merenung kembali dasar perjuangan mereka yang terlalu ekstrim dalam ketuanan melayu sedangkan masyarakat sekarang lebih berminat dengan ketuanan Islam.

Sabtu, 13 November 2010

PM Kita Seorang Yang Pemurah

Datuk Seri Najib meluluskan bajet RM 5 juta untuk membaiki ICU di Hospital Kuala Lumpur. kenyataan ini dikeluarkan sejurus Datuk Najib merasai sendiri pengalaman berada di ICU akibat penyakit cacar. Sememangnya Datuk Seri Najib sangat baik hati.

Andai kata beliau tidak menghidap penyakit cacar, mungkin keadaan wad ICU di HKL akan kekal daif. mungkin selepas ini Datuk Najib perlu merasa ditimpa banjir sebelum meluluskan peruntukan untuk banjir. mungkin juga beliau perlu jadi rakyat marhain untuk luluskan pembatalan projek bangunan PNB 100 tingkat.kerana setelah menjadi rakyat biasa, barulah dia sedar bahaw rakyat tidak perlukan bangunan setinggi itu. mungkin juga Datuk Najib merasakan kompleks pentadbiran di putrajaya belum cukup tinggi jadi beliau meluluskan projek tersebut dalam belanjawan.

kesimpulannya, Datuk Seri Najib masih belum benar-benar berjiwa rakyat. beliau terpaksa merasa susah baharu nak bertindak. jadi untuk menjadikan Datuk Seri Najib sentiasa bersifat pemurah dan baik hati, kita tukarkan beliau menjadi rakyat kebanyakan pada pilihanraya akan datang dan pos PM diberikan kepada pembankang.
sekian....

Selasa, 2 November 2010

Harga petrol Ron 97 naik 5 sen

Harga petrol RON 97 dinaikkan 5 sen lagi mulai esok. Berikutan itu, harganya kini RM2.15 seliter, demikian menurut laporan.
.
Bagaimanapun harga pertrol RON 95 dan diesel tidak berubah.
Tidak seperti sebelumnya, tidak ada pengumuman dibuat mengenai kenaikan tersebut.

Khabar angin mengenai kenaikan harga RON 97 itu tersebar sejak tengahari tadi dan pemilik stesen minyak berkata arahan mengenainya telah dikeluarkan.

Malaysiakini memetik satu pekeliling dari sebuah syarikat minyak yang memaklumkan kepada peniaga mengenai kenaikan harga itu.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan, Datuk Tan Lian Hoe mengesahkannya ketika dihubungi oleh beberapa akhbar.

Ini adalah kenaikan pertama harga minyak selepas kenaikan "5-dalam-1" pada 15 Julai tahun ini, yang bertujuan untuk mengurangkan beban subsidi kerajaan.

Pemotongan subsidi merupakan sebahagian daripada rancangan kerajaan untuk mengurangkan subsidi untuk barangan keperluan seperti yang dicadangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Idris Jala.

Jala telah memberi amaran awal tahun ini bahawa Malaysia menghadapi prospek muflis pada 2019 - seperti yang berlaku di Greece dan Iceland kerana beban hutang - sekiranya subsidi tidak dikurangkan.

Pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini menegaskan bahawa pengurangan subsidi adlah perlu, tetapi para pengkritik berkata usaha untuk memaksa pengguna berjimat, tanpa tindakan yang sama di pihak kerajaan, tidak membawa sebarang makna.

Lewat bulan lalu, Najib mengumumkan senarai projek baru - termasuk pembinaan Menara Warisan Merdeka setinggi 100 tingkat bernilai RM5 bilion, yang menurut kerajaan akan menarik pelabur dan membuat Malaysia lebih menarik kepada pelancong.

sumber: malaysiakini

komen penulis: satu lagi tindakan 'BIJAK' oleh kerajaan Malaysia untuk membantu rakyat. Alasan untuk mengurangkan subsidi kerajaan adalah retorik kerana pada masa yang sama, di dalam bajet 2011 diletakkan projek mega bangunan 100 yang bukan menjadi keperluan utama bagi rakyat berbanding bantuan dalam mengurangkan kos sara hidup yang makin menekan.