kehidupan di dunia ini tidak lain adalah merupakan satu perniagaan bagi setiap insan. pelaburan dan modal yang dikeluarkan sepanjang keidupan di dunia ini pastinya akan menuai hasil pada hari perhitungan kelak. untung ruginya perniagaan seseorang itu akan diketahui setelah selesai pertimbangan al-mizan. sekiranya yang kita niagakan itu berupa amal soleh berupa segala ibadat yang disuruh Allah dengan "IKHLAS" maka beruntunglah manusia pada hari tersebut. namun sekiranya pelaburan kita berupa kemaksiatan dan kemungkaran yang berterusan maka jadilah kita golongan yang rugi dalam perniagaannya. ramai mengetahui bahawa golongan yang beruntung itu keuntungannya ialah Syurga dan yang rugi itu balasannya adalah Neraka. lantas mengapa ramai dalam kalangan kita seolah-olah memandang enteng hal ini?
secara asasnya kita di Malaysia berada dalam kondisi yang sangat selesa seinggakan kita lupa dan alpa bahawa kehidupan kita ini sekadar pinjaman sahaja. oleh yang demikian wajar kita bangun daripada lamunan di siang hari mahupun enak mimpi di kala tidur malam. golongan muda terutamanya yang merupakan kunci kejayaan sebuah tamadun dan juga empayar dunia harus segera bangkit memperbaiki diri serta memajukan diri dengan kelengkapan ilmu duniawi dan ukhrawi. bilakah akan lahir pemuda seperti Tariq bin Ziyad mahupun Sultan Muhammad Al-Fateh? sememangnya kita telah kesuntukan masa. para pemuda Islam perlu sedar tanggungjawab mereka untuk mengembalikan kegemilingan Islam.
bagi menuju ke arah itu para pemuda khususnya mahasiswa mempunyai kekuatan mental dan fizikal yang teguh. kekuatan yang berupaya menangkis segala onak duri dan badai yang bakal dihadapi. seterusnya golongan muda harus mengisi dada dengan segala ilmu yang ada. jika golongan pemuda kosong jiwanya, kosong pemikirannya, kosong ilmunya maka semakin lemahlah umat Islam. setiap pemuda harus memperbaiki akhlak mereka dengan akhlak yang diajarkan oleh Rsulullah s.a.w. supaya dengan akhlak yang baik ini menjadi tarikan dan keberkatan ke atas usaha yang dilakukan.
"TIDAK ALLAH JADIKAN JIN DAN MANUSIA ITU MELAINKAN UNTUK BERIBADAT KEPADA ALLAH"
WALAHUA'LAM...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan