Jumaat, 6 Mac 2009

DI MANAKAH DEMOKRASI ITU???

Baru-baru ini negara dikejutkan dengan satu peristiwa yang julung-julung kalinya terjadi di negara Malaysia yang berdaulat ini. Tidak pernah dalam sejarah Tanah Melayu sidang DUN kerajaan negeri diadakan di bawah pokok atas alasan para ADUN tidak dibenarkan masuk ke Dewan Undangan Negeri kerana disekat pihak polis. Namun hal ini telah terjadi di negeri Perak darul Redzuan pada 3 Mac lalu. Sesuatu yang agak pelik di sini adalah siapa yang lebih berkuasa? polis atau speaker dewan? Tambah merumitkan media massa dan akhbar-akhbar seperti berita harian dan utusan malaysia terutamanya terus menekan para wakil rakyat Pakatan Rakyat ini. Tuduhan sebagai penderhaka dan penentang demokrasi dan bermacam-macam tuduhan lagi dilemparkan kepada meraka.

Persoalany di sini adakah benar segala tuduhan-tuduhan tersebut? Sedangkan mengikut perlembagaan sendiri kuasa menetapkan tempat bersidang terletak pada tangan speaker dewan dan hal-hal berkaitan. Ini merupakan ulasan daripada pakar perlembagaan merangkap pensyarah undang-undang UIAM iaitu Prof Abd Aziz Bari. Tambahan pula semua ahli dewan tidak dibenarkan masuk ke dewan atas sekatan pihak polis yang kononnya mendapat arahan daripada Setiausaha Kerajaan Negeri (Abdullah Antong). Oleh itu tidak menjadi kesalahan atau timbul isu mencabar perlembagaan di sini kerana tindakan V.Sivakumar sebagai speaker dewan itu tidak salah dissi undang-undang negara kita ini.

Hakikat yang perlu kita terima fikirkan disini adakah benar para pemmpin kita mengamalkan demokrasi dalam pentadbiran negara kita? Situasi sekarang menampakkan seolah-olah ruang demokrasi itu ingin ditutup serapat-rapatnya. Di manakah demokrasi itu jika hak media yang selalu berat sebelah? Di manakah demokrasi itu jika badan kerajaan seperti pihak polis dimanipulasikan hanya ntuk kepentingan sebelah pihak? Apa yang lebih jelas di sini ialah perasaan gila kuasa dan tamakkan harta dan pangkat pemimpin-pemimpin kita semakin ketara. Hak rakyat untuk menentukan pimpinan mereka seolah-olah dipandang sepi dan ini menunjukkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat bukan menjadi keutamaan mereka..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan