alhamdulillah akhirnya dapat juga aku nak menulis dalam blog ini sekali lagi.dua hari yang lepas telah berlangsung perasmian event Heart 4 Islam di bumi UTP ini.perasmian ini telah dilangsungkan di chancellor hall utp yang dirasmikan oleh tuan rektor sendiri.Alhamdulillah flow pada malam tersebut berjalan agak lancar walaupun kehadiran tidak penuh.kerana terdapat juga tempat duduk yang agak 'lengang'.
secara keseluruhannya keadaa pada malam tersebut agak memuaskan jika dibandingkan dengan persiapan rehearsal yang kami lakukan.bermula dari menyambut ketibaan rektor walaupun terlambat sedikit sehinggalah pada kemuncaknya iaitu slot gimik yang mana aku adalah salah seorang daripada budak gimik pada malam itu.demi untuk menjayakan salah satu event Islam di bumi utp ini aku menebalkan muka untuk menjayakan gimik pada malam itu.kalau nak tahu apa gimik kitorang buat researh.hehe.sehhinggalah kepada acara forum yang menampilkan ahli panel ust ann wann seng dan ust mohd pisol,segalanya berjalan agak lancar kecuali sewaktu penyampaian souvenir oleh tuan rektor apabila tiba2 je dia tukar tmpat bagi souvenir.tak mengapala asalkan semuanya selamat. namun begitu masih banyak lagi kekurangan yang perlu diperbaiki yang berjaya kami cungkil sewaktu post mortem.
asasnya di sini ialah betapa aku ingin orang tahu bahawa Islam tidak pernah menghalang seseorang daripada berhibur ataupun untuk bersuka ria.akan tetapi cara atau syariat itu perlu kita patuhi dan kita ikuti.diadakan event ini di bumi utp ini adalah sebagai satu alternatif kepada mahasiswa dan orang luar untuk mengisi masa lapang mereka dengan aktivit2 yang bermanfaat dan dalam masa yang sama kita dapat menyampaikan mesej dakwah secara tidak langsung.ini kerana dek terlalu banyak event2 di utp ini yang membawa mahasiswa kepada hiburan dan aktiviti yang langsung tidak berfaedah dan mematikan hati insan itu sendiri menyebabkan perlunya dijalankan heart 4 Islam ini degan sebaik mungkin dengan harapan mesej dakwah itu akan sampai kepada golongan sasara.
disediakan dalam event ini program malam inspirasi seni yang memberi peluang kepada pelajar untuk menonjolkan bakat mereka dalam seni suara akan tetapi tidak lari daripada syariat Islam itu sendiri insyaallah.diadakan juga maraton kampus yang memberi peluang kepada pelajar untuk bersukan akan tetapi dalam batasan menutup aurat.jadi di sini jelas cara untuk berdakwah itu adalah luas dan kita haruslah memanfaatkan segala medium yang ada.asalkan matlamat kita satu iaitu mencari redha ALLAH.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan