Khamis, 9 Julai 2009

PPSMI Dimansuhkan

akhirnya kerajaan akur kepada desakan rakyat dengan memansuhkan sistem ppsmi yang telah dimulakan sejak 2003.ironinya ada juga pandangan yang tidak setuju dengan pemansuhan ini yang akan bermula pada 2012.pelik betul buat salah tak buat pun salah.
apapun keputusan ini telah diumumkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin (klik) .

tindakan yang dilakukan oelh kementerian pelajaran ini turut disambut baik oleh pimpinan pembangkang termasuk pas dengan ulasan yang diberikan oleh cikgu pa bahawa inilah keputusan yang ditunggu oleh rakya.

satu lagi yang menarik berkenaan isu ini ialah pandangan dari Tun Dr Mahathir yang seakan-akan tidak merestui pemansuhan ini.di satu sudut yang lain Tun bersetuju dengan langkah kerajaan untuk menambah bilangan guru yang mengajar bahasa inggeris.mungkin ini satu tamparan kepada Tun kerana sistem ppsmi ini merupakan sistem yang telah diinisiatifkan olehnya sendiri.jadi tidak hairan andai Tun kecewa dengan pemansuhan ini.apapun beliau perlu sedar kepimpinan bukan lagi di tangan beliau.

tinggalnya sekarang hanya menunggu masa 2012 untuk kita kembali kepada pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa ibunda.kemudian kita lihat adakah perubahan sistem ini akan membawa kebaikan dengan keputusan yang lebih cemerlang terutama bagi pelajar bumiputera.sama2 kita tunggu dan lihat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan