Khamis, 18 Februari 2010

PEMIMPIN KITA KELIRU??

Isu sambutan maulidur Rasul kini menjadi satu lagi isu yang dipolitikkan di tanah air kita.ini ekoran dakwaan daripada UMNO bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang ingin membatalkan perarakan sempena maulidur Rasul.Di pihak ketua menteri pula, beliau mengatakan dakwaan UMNO adalah fitnah semata-mata.

semalam iaitu 17 Februari 2010, Ustaz Idris Ahmad, ketua penerangan PAS Pusat selepas merasmikan Mesyuarat Agung Cawangan-cawangan PAS DUN Seberang Takir,Kuala Terengganu berkata bahawa pemimpin UMNO benak kerana gagal melihat isu yang lebih besar berbanding sambutan maulidur Rasul.

menurut Ustaz Idris Ahmad, UMNO sengaja ingin menghangatkan isu ini sedangkan sambutan maulidur rasul hanyalah merupakan satu syiar Islam. sekiranya tiada sambutan besar-besaran ataupun perarakan diadakan, itu tidaklah menjadi satu kesalahan ataupun dosa bagi umat Islam.

Adapun amalan BERTAFAKKUT di hadapan tugu negara yang jelas merupakan satu perkara yang haram seolah-olah dipandang sepi oleh mereka. ini menunjukkan pemimpin UMNO keliru perkara yang lebih besar dengan membangkitkan isu-isu cabang yang pastinya tidak menggugat akidah sebagai seorang muslim.

Boleh jadi betul pemimpin UMNO yang TERLIBAT dengan isu maulidur rasul ini benak??ataupun keliru??ataupun sengaja membutakan mata??

Isnin, 15 Februari 2010

P/Jaya PAS Wilayah Persektuan Hilang??

| Print | E-mail
Harakahdaily
TEMERLOH, 15 Feb: Pada ketika ini, Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Haji Mohamad Nor, yang dilaporkan telah hilang selama empat hari, dipercayai masih berada di Temerloh.

Andaian ini berdasarkan keretanya yang ditemui oleh Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pahang, Abdul Majid Hasan di Hotel Green Park, di sini, sebentar tadi.

“Selepas mendapat maklumat melalui SMS daripada Setiausaha PAS negeri tentang kehilangan Haji Mohamad Nor, saya tergerak hati untuk ke hotel tersebut.

"Dan saya dapati kereta jenis Unser merah dengan nombor plat WJD 4469, ada di situ. Bagaimanapun saya tidak menemui beliau,” katanya.

Hotel Green Park merupakan salah satu tempat persinggahan popular kepada orang dari luar daerah ini.

Pada ketika ini, pasukan Unit Amal Kawasan Temerloh difahamkan sedang bertungkus lumus mencari beliau.

Sebelum ini, Haji Mohamad Nor dilaporkan tidak dapat dihubungi sejak Jumaat 12 Februari lepas.

Ahli dan penyokong PAS di Wilayah Persekutuan dipohon supaya berdoa agar pesuruhjaya mereka, Haji Mohamad Nor berada dalam keadaan selamat selepas tidak dapat dihubungi sejak Jumaat 12 Februari lepas.

Kali terakhir beliau dilihat adalah dalam mesyuarat Koperasi Muslimin Berhad dan beliau dilihat keluar dengan Unser merahnya, WJD 4469.

Demikian beritahu anggota Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali kepada Harakahdaily.

Menurut Lo' Lo', salah seorang ahli mesyuarat itu memberitahu, Haji Mohamad memberitahu, dia mahu berjumpa dengan kawan pada tengah malam itu.

Namun, sehingga kini beliau tidak pulang dan tidak juga dapat dihubungi, kata Lo' Lo'.

Sehubungan itu, beliau memohon ahli PAS berdoa agar PJ Wilayah Persekutuan itu berada dalam selamat dan dapat menghubungi keluarganya dengan segera.

"Saya memohon Unit Amal dan Briged Amal agar membuat skuad mencari segera," cadang Dr Lo' Lo'.

Dalam pada itu anaknya, Umar Mohamad Nor berkata, kali terakhir ayahnya dilihat adalah di kawasan rehat dan rawat Maran, Pahang pada Jumaat malam yang lalu.

Pada pagi esoknya kira-kira jam 8.00 pagi, telefon beliau dikesan berada di Temerloh, Pahang.

"Sejak itu kami tidak ada sebarang maklumat lagi tentang ayah," kata Umar kepada Harakahdaily.

Menurutnya, perkara ini tidak pernah berlaku ke atas ayahnya kerana dia akan memberitahu ke mana sahaja dia akan pergi.

sumber:HARAKAH DAILY
-------

moga-moga Haji Mohamad Nor berada dalam keadaan selamat untuk kembali ke pangkuan keluarga serta meneruskan perjuangan beliau.