Jumaat, 20 November 2009

KITA NAK YANG MANA

Assalamualaikum w.b.t

Ini adalah post terbaru untuk bulan ni setelah beberapa orang sahabat menanyakan alasan kenapa blogku tiada post baru.

sekadar renungan dari sebuah cerita..

Di sebuah ladang yang mana setiap orang menanam ubi kentang di dalam ladang tersebut. ubi kentang ini akan diasingkan mengikut saiznya iaitu kecil, sederhana dan besar. Selepas itu ubi kentang tersebut akan dipek seterusnya dimasukkan ke dalam lori. Kemudian ubi kentang yag telah siap dipek tersebut akan dihantar ke bandar untuk dijual dan mendapatkan hasil yang lumayan.

Namun begitu, terdapat seorang insan ini yang tidak mengasingkan ubi kentang tersebut sebagaimana rakan-rakannya yang lain. Akan tetapi dia tetap mendapat hasil yang lumayan daripada jualan ubi kentang tersebut. Lalu rakannnya bertanya apa rahsianya dia dapat mendapat hasil yang banyak tanpa mengasingkan ubi kentang yang berkualiti dan tidak berkualiti mengikut saiz kecil, sederhan dan besar tadi. Lalu insan ini menjawab,

"aku hanya melonggokkan semua ubi tersebut ke dalam loriku. Lalu aku membawanya ke bandar untuk dijual sebagaimana yang anda lakukan. Tetapi aku memilih jalan yang paling berliku dan mencabar untuk sampai ke bandar. Dalam perjalanan yang mencabar itulah ubi-ubi yang kecil akan jatuh ke bawah, sederhananya di tengah dan yang besarnya di atas"

Melalui respon di atas, kita boleh analogikan ubi kentang itu dengan manusia. Realiti kehidupan ini menjanjikan manusia itu akan berhadapan dengan berbagai-bagai ujian. Salah satu bentuk ujian dan masalah yang biasa dihadapi adalah kewangan yang tidak stabil, akademik yang kurang baik, tugasan yang melambak dalam satu masa, timbunan kerja sehinggakan tidak cukup tidur, dimarah dan ditekan kerana kerja kurang sempurna dan seumpamanya. Apapun kisah ubi kentang di atas boleh kita jadikan sebagai satu pembakar semangat bagi kita. Bahawa untuk menjadi terbaik itu memerlukan kerja keras dan tidak mengenal putus asa. Kita perlu tabah melalui setiap liku-liku yang singgah dalam kehidupan kita.

Sebagaimana ubi yang besar itu setelah melalui jalan yang penuh liku untuk sampai ke bandar, akhirnya ia berada di atas. Kita sekarang hanya tinggal untuk memilih. Adakah kita ingin menjadi ubi kentang yang kecil, sederhana atau yang besar??

1 ulasan:

  1. so sweet.
    mana dpt perumpamaan ni?
    reka sendiri?
    perkataan 'dipek',melambak agak kelakar.
    bgus2..update lg.
    people wanna see your thoughts.

    BalasPadam