Isnin, 25 Januari 2010

PENGARUH PEMUDA



Pada 23 Januari 2010, seramai sembilan orang pelajar universiti ditahan oleh pihak polis kerana menyertai demonstrasi aman bagi membantah proses pilihan raya. ini bertujuan untuk menuntut dedmokrasi bersih diamalkan dalam pilihanraya kampus.

Bilangan sebanyak sembilan orang mahasiswa ini yang boleh kita ertikan sebagai pemuda menunjukkan hakikat bahawa pihak berkuasa sebenarnya gerun, takut serta bimbang dengan keupayaan yang ada dalam diri mahasiswa. Oleh yang demikian, setiap gerak kerja daripada pihak mahasiswa yang dikira boleh menggugat kedudukan 'jerung besar' harus dicantas terlebih dahulu.

Seandainya isu yang timbul membawa keuntungan kepada pihak 'jerung besar' maka isu tersebut akan dipanjangkan dan diuar-uarkan kepada sekalian rakyat jelata dengan cara yang sangat memualkan.

Berkemungkinan merasakan keselamatan mereka bakal tergugat menyebabkan sebilangan pelajar yang mengadakan perhimpunan untuk menyuarakan konsep demokrasi sebenar di kampus.Tambahan pula cadangan Kementerian Pelajaran Tinggi untuk dipecat daripada melanjutkan pelajaran di universiti adalah satu langkah yang tidak patut dan merupakan satu pemikiran yang dangkal.

Mungkin bimbang dengan kuasa mahasiswa dan pemuda yang mampu menggulingkan soekarno di Indonesia pada 1966 dan menggugat Suharto pada 1998. Apa yang terjadi dalam sejarah Indonesia boleh berlaku di Malaysia. Mungkin AUKU boleh menjadi satu kekangan. Tetapi api yang sedang marak, mana mungkin boleh dipadam dengan begitu mudah. Sesungguhnya penangkapan yang berlaku itu adalah satu penindasan dan pengkhianatan terhadap mahasiswa dan juga pemuda bangsa. Suara pemuda seolah-olah ingin dihapuskan agar 'jerung besar' terlepas dari perangkap.

Lihatlah betapa hakikat sebenar kehidupan sangat menuntut dan mengharapka tenaga pemuda. Pemuda adalah harapan untuk memulihkan segala penyelewengan dan kebejatan pemimpin serta masyarakat abad ini. Pemuda harus terus membakar obor perjuangan agar terus marak. Pemuda harus kuat menempuh segala halangan yang diadakan oleh musuh yang bacul dan pengecut. Pemuda diperlukan untuk merubah corak sosial masyarakat masa kini yang kian hanyut.

Selasa, 5 Januari 2010

PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH

isu yang semakin hangat diperkatakan dan menghiasi dada akhbar serta dipaparkan dalam berita2, tentunya isu penggunaan kalimah Allah dalam majalah Herald oleh gereja Catholic yang telah pun diluluskan oleh Mahkamah Tinggi malaysia.

Isu ini mendapat perhatian oleh majoriti rakyat malaysia yang beragama Islam kerana mereka merasakan bahawa keputusan ini seolah-olah mencabar hak Agama Islam sebagai agama rasmi di Malaysia.

Terdapat reaksi sesetengah pihak yang turun mengadakan demo dan mendakwa memperjuangkan kesucian Islam. Peliknya, tindakan segelintir umat Islam sendiri yang mencabar kesucian Islam bagai dipandang sepi. Konsert yang tidak selari dengan syariat semakin bertambah, indeks rasuah yang meningkat, mengetepikan pelaksanaan hukum Islam yang dianggap tidak relevan dan banyak lagi perkara yang sudah jelas lagi bersuluh bertentangan dengan syariat masih diteruskan. Boleh dikatakan isu2 sebeginilah yang menyebabkan pihak non-Muslim merasakan mereka beroleh kekuatan untuk menuntut penggunaan kalimah Allah dalam majalah keluaran gereja mereka.

ada yang berpendapat bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi itu adalah satu penyelewengan akidah yang tidak dapat dimaafkan. oleh itu penentangan habis-habisan dilakukan bagi menunjukkan keputusan mahkamah itu adalah salah.akan tetapi gejala memainkan hukum Allah dengan menafikan perundangan Islam sebagai sumber perundangan utama hanyalah dianggap isu kecil.

Hal ini menunjukkan bahawa umat Islam pada zaman kini berada dalam keadaan tenat dan semakin jauh dari agama sehinggakan maruah Islam semakin dipandang rendah oleh pihak lain.kedangkalan pemahaman terhadap ajaran Islam oleh umat Islam sendiri adalah salah satu penyebab kepada polemik yang berlaku ini.

Oleh yang demikian,umat Islam seharusnya sedar,dan bangkit kembali untuk menaikkan kembali syiar keagungan Islam yang pernah berkuasa satu ketika dahulu.Ini bukan bererti saya bersetuju dengan keputusan yang ditetapkan oleh mahkamah sebaliknya sekadar renungan dan muhasabah bagi diri sendiri dan umat Islam sekalian.

Sabtu, 26 Disember 2009

SIAPA PUNYA



Isu hak milik royalti kerajaan kelantan masih lagi menjadi isu hangat rakyat malaysia khususbya rakyat kelantan sendiri.kerajaan pusat dan kerajaan kelantan masing-masing memberikan hujah tersendiri dalam usaha untuk membuktikan kebenaran masing-masing.

kerajaan pusat mendakwa kerajaan kelantan tidak layak untuk mendapatkan hak milik royalti kerana kawasan penggalian itu berada pada titik pertindihan dengan thailand. oleh itu kerjaan memutuskan untuk sekadar memberi wang ehsan kepada kerajaan kelantan.

Di pihak kerajaan negeri pula,kerajaan kelantan diketuai oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa kerajaan kelantan sepatutnya berhak mendapat hak royalti dan bukannya sekadar memperoleh wang ehsan. beberapa hujah untuk membuktikan kelantan memang layak mendapat hak royalti telah dikemukakan..royaltikelantan!

siapa betul????

Khamis, 24 Disember 2009

KERAJAAN TERENGGANU MEMALUKAN

Baru2 ni negeri tersayang terengganu telah dikejutkan dengan berita yang x disangka.satu lagi runtuhan telah berlaku di terminal pengangkutan awam d daerah hulu terengganu. Ini merupakan kejadian ketiga setelah kejadian runtuhan stadium sultan mizan zainal abidin d gong badak dan sebuah masjid.

ketiga-tiga projek ini merupakan projek yang diusahakan oleh kerajaan BN terengganu. Kejadian ini menjadikan kerajaan terengganu lebih dikenali sebagai terengganu darul runtuh. Inilah hadiah terbaik daripada kerajaan BN terengganu.

Persoalannya adakah kerajaan BN masih relevan untuk terus memerintah kerjaan terengganu setelah segala apa yang berlaku.belum lagi dibongkar kebejatan dalam penggelapan hasil kewangan negeri dan hasil mentah negeri.

Rakyat terengganu seharusnya lebih peka dan cakna pada perkembangan terkini.setelah berbagai janji ditabur untuk mengaburi mata rakyat,namun realitinya hanya omong kosong.kadar kedmiskinan rakyat terengganu masih lagi berada d takuk bawahan jika dibandingkan dgn negeri2 lain d semenanjung.

Jumaat, 20 November 2009

KITA NAK YANG MANA

Assalamualaikum w.b.t

Ini adalah post terbaru untuk bulan ni setelah beberapa orang sahabat menanyakan alasan kenapa blogku tiada post baru.

sekadar renungan dari sebuah cerita..

Di sebuah ladang yang mana setiap orang menanam ubi kentang di dalam ladang tersebut. ubi kentang ini akan diasingkan mengikut saiznya iaitu kecil, sederhana dan besar. Selepas itu ubi kentang tersebut akan dipek seterusnya dimasukkan ke dalam lori. Kemudian ubi kentang yag telah siap dipek tersebut akan dihantar ke bandar untuk dijual dan mendapatkan hasil yang lumayan.

Namun begitu, terdapat seorang insan ini yang tidak mengasingkan ubi kentang tersebut sebagaimana rakan-rakannya yang lain. Akan tetapi dia tetap mendapat hasil yang lumayan daripada jualan ubi kentang tersebut. Lalu rakannnya bertanya apa rahsianya dia dapat mendapat hasil yang banyak tanpa mengasingkan ubi kentang yang berkualiti dan tidak berkualiti mengikut saiz kecil, sederhan dan besar tadi. Lalu insan ini menjawab,

"aku hanya melonggokkan semua ubi tersebut ke dalam loriku. Lalu aku membawanya ke bandar untuk dijual sebagaimana yang anda lakukan. Tetapi aku memilih jalan yang paling berliku dan mencabar untuk sampai ke bandar. Dalam perjalanan yang mencabar itulah ubi-ubi yang kecil akan jatuh ke bawah, sederhananya di tengah dan yang besarnya di atas"

Melalui respon di atas, kita boleh analogikan ubi kentang itu dengan manusia. Realiti kehidupan ini menjanjikan manusia itu akan berhadapan dengan berbagai-bagai ujian. Salah satu bentuk ujian dan masalah yang biasa dihadapi adalah kewangan yang tidak stabil, akademik yang kurang baik, tugasan yang melambak dalam satu masa, timbunan kerja sehinggakan tidak cukup tidur, dimarah dan ditekan kerana kerja kurang sempurna dan seumpamanya. Apapun kisah ubi kentang di atas boleh kita jadikan sebagai satu pembakar semangat bagi kita. Bahawa untuk menjadi terbaik itu memerlukan kerja keras dan tidak mengenal putus asa. Kita perlu tabah melalui setiap liku-liku yang singgah dalam kehidupan kita.

Sebagaimana ubi yang besar itu setelah melalui jalan yang penuh liku untuk sampai ke bandar, akhirnya ia berada di atas. Kita sekarang hanya tinggal untuk memilih. Adakah kita ingin menjadi ubi kentang yang kecil, sederhana atau yang besar??

Isnin, 5 Oktober 2009

SABAR VS UJIAN

hampir sebulan blog ni dibiarkan tanpa pos2 terbaru..
sekadar perkongsian dari kuliah subuh yang dihadiri beberapa hari yang lalu berkenaan sabar dan ujian yang datang daripada AllaH S.W.T

3 bentuk kesabaran
(1) Brsabar dlm melakukan ketaatan kpd Allah
(2) Brsabar dlm menjauhi maksiat/perkara yg dilarang oleh Allah
(3) Brsabar dlm mghadapi ujian kehidupan.

4 sebab mengapa ujian diturunkan :
(1) Ketinggian darjat seseorang di dunia & di akhirat
(2) Satu bentuk tarbiyah/pnddkn/pmbntukan diri manusia
(3) Satu bentuk perhambaan kepada Allah
(4) Allah ingin memberi ganjaran pahala kpd hambanya

Di sini kita dapat melihat betapa hidup manusia itu sememangnya tidak lari daripada ujian daripada Pencipta kita sendiri. Kadang2 kita diuji dengan kesenangan yang berlimpah ruah dan kadang2 dalam keadaan yang dirasakan sempit. contoh paling dekat mungkin dapat dilihat dari sudut akademik bagu seorang pelajar. ramai yang bersungut apabila diuji dengan markah atau keputusan yang rendah walaupun telah membuat persiapan yang terbaik (bukan bagi orang yg tidak berusaha). sedangkan mungkin dengan markah yang rendah itu Allah ingin menaikkan martabat seorang insan di sisi-Nya. mungkin juga sebagai kifarah bagi dosa2 yang kita lakukan. bagi yang mendapat keputusan yang baik, boleh jadi keputusan itu menjadikan diri kita semakin renggang dengan Allah Taala dan mengikis sifat tawaduk kita. maka menjadi kemestian bagi kita untuk SELALU meminta kekuatan dan petunjuk dari Allah dalam segala ujian yang kita hadapi.

kesabaran untuk menghadapi ujian bukanlah sesuatu yang mudah untuk menjadi amalan bagi manusia. berdasarkan pengalaman diri yang kerdil ini, sering terkhilaf kecewa dan berputus asa dengan ujian yang sampai.moga Allah mengampuni dosaku itu. kadang2 terasa diri ini kerdil dan lemah untuk menanggng beban taklifan yang diperoleh lantaran keupayaan yang dirasakan masih lagi kurang. pernah juga mendengar keluhan sahabat yang merasakan dirinya sudah tidak mampu memikul amanah yang ditanggung di pundaknya lantaran putus asa atas ujian yang sampai. namun satu perkara yang harus diingat "Allah tidak menguji seseorang melainkan mengikut kemampuan dirinya ". di sinilah perlunya sabar dalam menghadapi ujian.

dalam konteks berukhwah pula kita boleh menilai bagaimana kita ingin menanamkan sifat sabar menghadapi ujian berbentk kerenah sahabat kita yang kurang menyenangkan, serta kadang2 tersilap langkah terhadap kita. oleh itu penghayatan tentang ilmu sabar dan mujahadah untuk menjadikan kesabaran itu sebagai darah daging dalam hidup kita merupakan kemestian. sabar itu juga adalah asas yang sangat penting untuk terus istiqamah bagi orang yang ingin menegakkan Islam dalam dirinya, keluarga, masyarakat,negara dan dunia. untuk melakukan ketaatan itu sememangnya memerlukan kita membayar sabar dengan harga sabar yang cukup tinggi.

hidup dalam zaman yang serba moden ini pula pasti mendedahkan kita pada godaan dosa dan maksiat yang sangat kuat. perhubungan antara lelaki dan perempuan yang begitu bebas jelas sekali telah merosakkan ketamadunan itu sendiri. pelbagai rancangan di televisyen dan penyalahgunaan internet yang berleluasa ketika ini jelas menyebabkan kemerosotan akhlak dan adab muda-mudi zaman kini makin parah. mereka menganggap bergelumang dengan aktivit tidak senonoh dan mendorong kepada kemaksiatan menjadi satu kebanggan. harus diakui bahawa kita telah kembali pada satu tamadun yang sangat buruk dan menjengkelkan. tapi di sinilah perlunya kesabaran mengahadapi godaan kemaksiatan dan kemungkaran yang datang kepada kita. kesabaran itu perlu untuk kita bersiap sedia menjadi agen perubahan bagi sistem sosial yang tercalar ini.

sekadar renungan dari hamba yang kerdil..

Sabtu, 12 September 2009

Muhasabah Bagi Kita

Alhamdulillah aku baru pulang ke bilik setelah malam yang agak padat dengan aktiviti.mula dengan test selepas berbuka diikuti dengan interview RCSU dan meeting selepas itu memang memerlukan fokus yang tinggi. selepas itu aku sempat berbicara dengan beberapa sahabat mengenai fokus peranan mahasiswa dalam nak menyampaikan syiar Islam kepada masyarakat. persoalannya yang mana perlu diutamakan dalam konteks mahasiswa. Dalam tidak menafikan kepentingan mahasiswa memainkan peranan dalam kegiatan luar kampus namun adakah peranan sebagai penggerak Islam di dalam kampus harus dipandang enteng?

Jika dilihat pada fenomena yang berlaku sekarang ini seolah-olah mahasiswa yang mendakwa membawa mesej islam semakin didagangkan di peringkat nasional. Pada masa yang sama kita melihat keadaan di kampus semakin pudar dan lesu oleh golongan mahasiswa yang telah diikat pemikiran mereka dari hakikat hidup yang sebenar dan diulit indahnya mimpi realiti hidup pada zaman ini.

Oleh itu kita perlu pada satu muhasabah diri untuk menyusun strategi sebaik mungkin dalam erti kata mendahulukan yang utama. Ertinya di sini kita memerlukan penyusunan semula method dakwah dalam kalangan mahasiswa yang memerlukan satu nafas baru dan dimensi baru yang dapat menguhkan jiwa-jiwa pendokong islam itu sendiri dalam jalan yang dilalui oleh mahasiswa. Pemikiran kita, kesedaran kita, kerisauan kita pada kebejatan sosial di kampus harus sama-sama diperhalusi untuk mencapai matlamat agar mahasiswa di seluruh kampus di bumi malaysia ini dapat menjadi mahasiswa yang sejati. Sejati yang dimaksudkan adalah mahasiswa yang benar-benar menghayati kembali keunggulan islam agar golongan mahasiswa ini dapat menjadi apa yang dikatakan sebagai tulang belakang pada revolusi mengembalikan pengislaman orang islam khusus sebagai benteng untuk menentang golongan-golongan yang anti pada kemurniaan islam.

Pastinya asas ini perlu dimulai dengan perubahan dalam diri masing-masing terlebih dahulu. Menjadi satu agenda penting bagi kita adalah untuk mendekatkan diri dengan Allah sebagai sumber kekuatan untuk teguh, istiqamah dalam usaha yang berat ini. Maka cara untuk mendekatkan diri dengan Allah harus pada penghayatan kita terhadap kualiti ibadat seharian kita. Bermula dengan ibadat fardhu pada solat, puasa, study sehingga pada yang sunat umpama zikrullah dan bacaan al-Quran. Andai hal ini dapat dijadikan satu ibadat yang dihayati kemanisannya dan bukannya sekdar menjadi rutin kita, maka seruan kita pasti menuju jalan pencerahan. Insyaallah andai diizinkan-Nya maka seruan kita akan sampai pada setiap jiwa-jiwa yang halus yang masih berada dalam fitrah penciptaan-Nya.

wassalam.