isu yang semakin hangat diperkatakan dan menghiasi dada akhbar serta dipaparkan dalam berita2, tentunya isu penggunaan kalimah Allah dalam majalah Herald oleh gereja Catholic yang telah pun diluluskan oleh Mahkamah Tinggi malaysia.
Isu ini mendapat perhatian oleh majoriti rakyat malaysia yang beragama Islam kerana mereka merasakan bahawa keputusan ini seolah-olah mencabar hak Agama Islam sebagai agama rasmi di Malaysia.
Terdapat reaksi sesetengah pihak yang turun mengadakan demo dan mendakwa memperjuangkan kesucian Islam. Peliknya, tindakan segelintir umat Islam sendiri yang mencabar kesucian Islam bagai dipandang sepi. Konsert yang tidak selari dengan syariat semakin bertambah, indeks rasuah yang meningkat, mengetepikan pelaksanaan hukum Islam yang dianggap tidak relevan dan banyak lagi perkara yang sudah jelas lagi bersuluh bertentangan dengan syariat masih diteruskan. Boleh dikatakan isu2 sebeginilah yang menyebabkan pihak non-Muslim merasakan mereka beroleh kekuatan untuk menuntut penggunaan kalimah Allah dalam majalah keluaran gereja mereka.
ada yang berpendapat bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi itu adalah satu penyelewengan akidah yang tidak dapat dimaafkan. oleh itu penentangan habis-habisan dilakukan bagi menunjukkan keputusan mahkamah itu adalah salah.akan tetapi gejala memainkan hukum Allah dengan menafikan perundangan Islam sebagai sumber perundangan utama hanyalah dianggap isu kecil.
Hal ini menunjukkan bahawa umat Islam pada zaman kini berada dalam keadaan tenat dan semakin jauh dari agama sehinggakan maruah Islam semakin dipandang rendah oleh pihak lain.kedangkalan pemahaman terhadap ajaran Islam oleh umat Islam sendiri adalah salah satu penyebab kepada polemik yang berlaku ini.
Oleh yang demikian,umat Islam seharusnya sedar,dan bangkit kembali untuk menaikkan kembali syiar keagungan Islam yang pernah berkuasa satu ketika dahulu.Ini bukan bererti saya bersetuju dengan keputusan yang ditetapkan oleh mahkamah sebaliknya sekadar renungan dan muhasabah bagi diri sendiri dan umat Islam sekalian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan