"wahai orang-orang yang beriman!sesungguhnya jika kamu menolong agama Allah,nescaya Allah akan menolong kamu dan meneguhkan kedudukan kamu" (surah Muhammad:ayat 7)
Isnin, 25 Januari 2010
PENGARUH PEMUDA
Pada 23 Januari 2010, seramai sembilan orang pelajar universiti ditahan oleh pihak polis kerana menyertai demonstrasi aman bagi membantah proses pilihan raya. ini bertujuan untuk menuntut dedmokrasi bersih diamalkan dalam pilihanraya kampus.
Bilangan sebanyak sembilan orang mahasiswa ini yang boleh kita ertikan sebagai pemuda menunjukkan hakikat bahawa pihak berkuasa sebenarnya gerun, takut serta bimbang dengan keupayaan yang ada dalam diri mahasiswa. Oleh yang demikian, setiap gerak kerja daripada pihak mahasiswa yang dikira boleh menggugat kedudukan 'jerung besar' harus dicantas terlebih dahulu.
Seandainya isu yang timbul membawa keuntungan kepada pihak 'jerung besar' maka isu tersebut akan dipanjangkan dan diuar-uarkan kepada sekalian rakyat jelata dengan cara yang sangat memualkan.
Berkemungkinan merasakan keselamatan mereka bakal tergugat menyebabkan sebilangan pelajar yang mengadakan perhimpunan untuk menyuarakan konsep demokrasi sebenar di kampus.Tambahan pula cadangan Kementerian Pelajaran Tinggi untuk dipecat daripada melanjutkan pelajaran di universiti adalah satu langkah yang tidak patut dan merupakan satu pemikiran yang dangkal.
Mungkin bimbang dengan kuasa mahasiswa dan pemuda yang mampu menggulingkan soekarno di Indonesia pada 1966 dan menggugat Suharto pada 1998. Apa yang terjadi dalam sejarah Indonesia boleh berlaku di Malaysia. Mungkin AUKU boleh menjadi satu kekangan. Tetapi api yang sedang marak, mana mungkin boleh dipadam dengan begitu mudah. Sesungguhnya penangkapan yang berlaku itu adalah satu penindasan dan pengkhianatan terhadap mahasiswa dan juga pemuda bangsa. Suara pemuda seolah-olah ingin dihapuskan agar 'jerung besar' terlepas dari perangkap.
Lihatlah betapa hakikat sebenar kehidupan sangat menuntut dan mengharapka tenaga pemuda. Pemuda adalah harapan untuk memulihkan segala penyelewengan dan kebejatan pemimpin serta masyarakat abad ini. Pemuda harus terus membakar obor perjuangan agar terus marak. Pemuda harus kuat menempuh segala halangan yang diadakan oleh musuh yang bacul dan pengecut. Pemuda diperlukan untuk merubah corak sosial masyarakat masa kini yang kian hanyut.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan