Salam perjuangan
setelah agak lama tidak menulis akhirnya dapat juga meluangkan masa untuk post terbaru blog ini.
sekadar satu perkongsian mengenai isu daftar pemilih yang disiarkan di dada akhbar baru-baru ini.Hal ini disebabkan jumlah penduduk negara yang layak mengundi(usia melebihi 21 tahun) tetapi belum berdaftara dengan pihak SPR dianggarkan 4.39 juta orang. Jumlah ini merupaka satu jumlah yang sangat besar dan perlu diatasi dengan kadar segera.
Antara faktor kepada masalah ini mungkin disebabkan cara pendaftaran yang boleh dikatakan agak ketinggalan. Sedangkan pihak SPR boleh sahaja memperkenalkan pendaftaran secara automatik.Pelaksanaan daftar pemilih secara 'online' dilihat lebih ralistik dan relevan pada masa sekarang.Melalui cara ini, mungkin dapat meningkatkan bilangan rakyat Malaysia untuk mendaftar sebagai pengundi.
Pada satu sudut yang lain, hal ini juga berlaku mungkin disebabkan kesedaran politik rakyat Malaysia masih belum bercambah. Tambahan pula terdapat golongan yang mentah-mentah menolak politik lantas mengambil jalan mudah untuk langsung tidak mendaftarkan diri sebagai pengundi. Keadaan menjadi lebih parah apabila lebih ramai remaja dan mahasiswa yang turut mengambil pendekatan yang serupa. Mereka menganggap politik sebagai satu benda kotor dan menjijikkan tanpa mereka sedari peri pentingnya menjadi seorang pengundi untuk merubah segala kekotoran yang mereka ungkapkan itu.
Oleh yang demikian, pihak SPR,NGO, kerajaan, parti politik dan semua individu harus berusaha untuk meningkatkan kesedaran rakyat tentang peri pentingnya untuk berdaftar sebagai pengundi apabila telah cukup umur. Tidak berguna sekadar bercakap mengenai dasar negara, perancangan pembangunan namun pada masa yang sama mengabaikan tanggungjawab untuk memilih pemimpin yang terbaik.sekadar tulisan ringkas untuk mencuit kesedaran tanpa niat terselindung.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan