"wahai orang-orang yang beriman!sesungguhnya jika kamu menolong agama Allah,nescaya Allah akan menolong kamu dan meneguhkan kedudukan kamu" (surah Muhammad:ayat 7)
Sabtu, 31 Julai 2010
Pemuda UMNO minta kerajaan kaji semula sistem 'saman ekor'
KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda UMNO meminta kerajaan mengkaji semula kaedah pelaksanaan arahan notis polis POL 170A atau lebih dikenali sebagai 'saman ekor' berikutan ramai pemilik kenderaan tidak tahu mengenai saman yang dikeluarkan terhadap mereka.
Ketuanya, Khairy Jamaluddin, berkata pemilik kenderaan yang menganggap mereka tidak bersalah atas saman itu atau langsung tidak menerima apa-apa notis saman terpaksa membayarnya untuk membolehkan pembaharuan cukai jalan dan mengelakkan diri daripada didakwa.
“Pemuda UMNO menganggap perkara ini adalah tidak adil bagi pemilik kenderaan dan berharap kerajaan akan mengkaji semula dan menangguhkan pelaksanaan sistem ‘saman ekor’.
“Kami juga menggesa kerajaan mengkaji semula keputusan untuk tidak membenarkan saman itu dikompaun. Keputusan ini juga amat membebankan rakyat yang tidak mampu menyelesaikan jumlah saman yang begitu besar apabila memperbaharui cukai jalan kenderaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
sumber: Berita Harian Online
komen penulis: UMNO pun tak sokong pelaksanaan saman ekor.sememangnya sistem saman ekor ini dilihat agak tidak adil bagi rakyat.pelaksanaan ini menunjukkan kerajaan meminggirkan sebahagian kebajikan rakyat. tambahan pula saman ekor yang biasa dikenakan agak tinggi. kali ini saya menyokong tindakan pemuda UMNO.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
sedak napok demo leni? ni kes kene byk kali saman ekor la ni.. haha
BalasPadamSETUJU!
http://www.almuhandisu.com/