"wahai orang-orang yang beriman!sesungguhnya jika kamu menolong agama Allah,nescaya Allah akan menolong kamu dan meneguhkan kedudukan kamu" (surah Muhammad:ayat 7)
Sabtu, 31 Julai 2010
Pemuda UMNO minta kerajaan kaji semula sistem 'saman ekor'
KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda UMNO meminta kerajaan mengkaji semula kaedah pelaksanaan arahan notis polis POL 170A atau lebih dikenali sebagai 'saman ekor' berikutan ramai pemilik kenderaan tidak tahu mengenai saman yang dikeluarkan terhadap mereka.
Ketuanya, Khairy Jamaluddin, berkata pemilik kenderaan yang menganggap mereka tidak bersalah atas saman itu atau langsung tidak menerima apa-apa notis saman terpaksa membayarnya untuk membolehkan pembaharuan cukai jalan dan mengelakkan diri daripada didakwa.
“Pemuda UMNO menganggap perkara ini adalah tidak adil bagi pemilik kenderaan dan berharap kerajaan akan mengkaji semula dan menangguhkan pelaksanaan sistem ‘saman ekor’.
“Kami juga menggesa kerajaan mengkaji semula keputusan untuk tidak membenarkan saman itu dikompaun. Keputusan ini juga amat membebankan rakyat yang tidak mampu menyelesaikan jumlah saman yang begitu besar apabila memperbaharui cukai jalan kenderaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
sumber: Berita Harian Online
komen penulis: UMNO pun tak sokong pelaksanaan saman ekor.sememangnya sistem saman ekor ini dilihat agak tidak adil bagi rakyat.pelaksanaan ini menunjukkan kerajaan meminggirkan sebahagian kebajikan rakyat. tambahan pula saman ekor yang biasa dikenakan agak tinggi. kali ini saya menyokong tindakan pemuda UMNO.
Isnin, 26 Julai 2010
Parti Liberal Australia singkirkan calon anti-Islam
Parti Liberal, parti pembangkang di Australia, telah menyingkirkan calonnya bagi kerusi Chifley di barat Sydney selepas calon itu memasukkan entri berunsur antiIslam dalam Facebook beliau.
David Barker (Gambar kiri) telah digantikan dengan Venus Priest, usahawan kecil-kecilan dan bekas jururawat yang berhijrah ke Australia dari Filipina pada 1995.
Pengarah Parti Liberal negeri Mark Neeham hari ini berkata Barker tidak mempamerkan sikap sepertimana yang diharapkan oleh parti bagi calon-calonnya yang akan bertanding pada pilihan raya 21 Ogos.
Ketua Pembangkang Tony Abbott menyokong keputusan parti itu, menyatakan kedudukan Barker “sudah berakhir”.
Barker menuduh parti pemerintah Parti Buruh membawa negara itu semakin hampir kepada sebuah negara Islam.
Sementara itu, dalam surat kepada pemimpin-pemimpin Kristian di kawasannya, Barker meminta sokongan mereka, menegaskan bahawa Julia Gillard ialah seorang “ateis” dan lawannya di kerusi Chifley, Ed Husic, sebagai “penyokong kuat Islam”.
Abbott berkata kritikan terhadap sesiapa sahaja, berdasarkan pegangan agama mereka, tidak diberikan “sebarang” ruang dalam kempen pilihan raya itu.
Barker berkata beliau beragama Kristian tetapi tidak memusuhi orang Islam.
“Saya tidak “menyerang” mereka berdasarkan pegangan agama mereka, saya “menyerang” mereka berdasarkan ideologi mereka,” katanya.
Chifley ialah kerusi selamat bagi Parti Buruh. - Bernama
sumber:buletinonline
komen penulis:parti liberal australia singkirkan orang kafir.tapi kalau orang islam sendiri yang tidak setuju dengan ideologi islam seharusnya wajar disingkirkan.tapi di malaysia sekarang ini tidak menunjukkan tanda-tanda perkara ini akan berlaku.sebaliknya mungkin makin bertambah orang islam yang tidak sedia menerima islam dalam seluruh aspek kehidupan
Khamis, 22 Julai 2010
Ustaz kena cekup khalwat?
salam perubahan
Akhbar Berita Harian(BH) bertarikh 21/7/2010 di dalam ruang Nasional melaporkan tajuk 'Ustaz kena cekup khalwat'"
BH melaporkan seorang ustaz berusia 39 tahun ditangkap bersama seorang wanita berusia 36 tahun yang juga merupakan isteri orang. Ustaz tersebut dipercayai telah berkahwin dan mempunyai lima orang anak. Ketika mereka ditangkap di hotel murah Taman Teja,Changlung oleh Pejabat Agama Kubang Pasu, pasangan terbabit dalam keadaan berpakaian lengkap dan mengaku mereka tidak mempunyai sebarang hubungan yang sah.
Berita ini merupakan satu lagi bukti kemerosotan akhlak dan sahsiah masyarakat pada hari ini. Kebanyakan orang akan banyak bercakap mengenai gaya hidup para artis yang semakin lari daripada adat timur dan ajaran Islam sendiri. Golongan remaja juga sering dipersalahkan kerana ramai dalam kalangan mereka terjebak dalam aktiviti tidak sihat seperti lumba haram,dadah,kecurian dan rompakan serta pelbagai masalah lain yang boleh dirangkumkan di bawah satu masalah pokok yang boleh kita namakan sebagai 'KERUNTUHAN AKHLAK DAN MORAL' masyarakat.
Kehidupan kita pada hari ini akan sentiasa dilambakkan dengan pelbagai masalah yang saban hari semakin meningkat. Kita diuar-uarkan dengan pelbagai cadangan penyelesaian oleh para ustaz, profesor, ahli akademik, dan para pemimpin negara sekali.Pelbagai cadangan telah cuba dilaksanakan. Namun demikian, hasil yang diperoleh tidak setimpal dengan pelaburan yang dilakukan. Sebagai contoh, kerajaan melaburkan ribuan ringgit untuk pusat serenti bagi menangani masalah dadah dalam masyarakat malaysia. Akan tetapi masalah dadah terus menjadi masalah yang tidak pasti bila akan selesai. Perkara yang sama berlaku dalam kes rompakan dan kecurian yang terus menunjukkan 'perkembangan'
Bagi mana-mana individu yang mengaku beragama islam dan menghayati keindahan islam itu sendiri, pasti mereka berusaha untuk menyelesaikan segala masalah yang tersebut di atas melalui penyelesaian yang terdapat dalam ajaran Islam berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah. Ini bererti menjadikan Al-Quran dan sunnah Nabi sebagai rujukan dalam perundangan dan juga pentadbiran negara serta masyarakat.
Akan tetapi, hakikat yang berlaku pada hari ini, para pemimpin yang dipilih oleh majoriti rakyat seakan-akan tidak ingin memberi ruang sedikit pun perundangan Islam itu cuba dilaksanakan. Sedangkan di Malaysia, kita mempunyai ramai pakar perundangan Islam yang boleh menjadi tempat rujukan. Hal ini amat mendukacitakan kita. Perkara yang sama berlaku hampir di seluruh dunia. Jika kita melihat apa yang berlaku di negara-negara arab seperti Mesir, Kuwait, Yaman, Qatar dan lain-lain lagi,majoriti ketua negara mereka adalah individu yang beragama islam sama seperti pemimpin di Malaysia dan negara-negara ini juga menolak untuk melaksanakan perundangan Islam dalam negara mereka.
Lord Crommer yang merupakan bekas gabenor british di mesir pernah berkata yang lebih kurang bermaksud:
"kita boleh merdekakan negara islam dan kita tidak akan bertahan lama kerana kita akan dihalau keluar.tapi kita akan merdekakan mereka.kita jadikan pemimpin mereka yang terdiri daripada anak murid kita,menerima ideologi kita, menerima perundangan
kita."
Maka tidak hairanlah, kehidupan masyarakat hari ini menjadi semakin parah kerana kita dalam tidak sedar telah tertakluk kepada budaya penjajah, pemikiran penjajah walaupan secara hitam putihnya kita telah merdeka secara rasmi.
Perlu ditegaskan sekali lagi di sini bahawa penyelesaian terbaik bagi segala masalah yang berlaku adalah kembali kepada ajaran Islam itu sendiri. Kemungkinan terdapat segelintir pemimpin atau tokoh yang berpengaruh sengajar menutup sebelah mata untuk cuba menjadikan Islam sebagai satu penyelesaian semata-mata ingin menjaga kepentingan peribadi.
Sememangnya berita yang dilaporkan oleh BH itu merupakan satu bencana bagi kita yang ingin membuka akal fikiran dan minda yang cuba digelapkan oleh musuh-musuh Islam.
Oleh yang demikian, menjadi satu fardhu untuk memperjuangkan agar Islam ini ditempatkan pada tempat yang sepatutnya dan menjadi jalan penyelsaian bagi segala urusan di atas muka bumi ini bukan setakat di Malaysia bahkan merangkumi semua tujuh benua.
wallahua'lam

Selasa, 13 Julai 2010
KDN 'Double Standard'
13/7/2010- 2 pegawai Kementerian Dalam Negeri(KDN) telah melawat ibu pejabat DAP di Petaling Jaya untuk menyerahkan surat tunjuk sebab kepada editor akhbar The Rocket(versi bahasa cina)
sebelum ini, dua akhbar lain iaitu Harakah dan Suara Keadilan turut dikenakan tindakan yang sama.
akhir-akhir ini berita berkenaan kesungguhan KDN untuk memastikan barisan akhbar alternatif (harakah, suara keadialn, suara perkasa) mematuhi segala garis panduan penerbitan yang ditetapkan makin kerap didengari. ini berikutan tempoh permit akhbar-akhbar berkenaan yang dilaporkan telah tamat tempoh.KDN dilihat cuba untuk memastikan segala kekurangan dan kesilapan yang dilakukan sebelum ini perlu diubah sebelum meneruskan penerbitan dengan permit yang baru.
Di satu sudut yang lain, tindakan ini seolah-oleh sengaja dilakukan untuk melemahkan Pakatan Rakyat dan mengalih fokus rakyat daripada isu-isu utama negara. Tindakn ini juga dilakukan seolah-olah untuk mengalih perhatian pimpinan Pakatan terhadap isu ini. Sedangkan banyak lagi isu-isu nasional yang masih belum selesai seperti isu judi, pembahagian blok minyak, pembunuhan teoh dan banyak lagi isu lain.
Maka sanggahan daripada Harakah agar KDN melakukan tindakan serupa kepada akhbar pro kerajaan seperti Berita Harian dan Utusan Malaysia. KDN cuba mengingatkan akhbar alternatif agar tidak mengeluarkan sebarang berita yang boleh mengancam keselamatan negara dan diminta lebih berhati-hati dalam mengulas isu judi,JI dan beberapa isu lain. Persoalannya ialah, isu kandungan dalam akhbar-akhbar ini hanyalah sekadar satu maklumat alternatif yang tidak terdapat dalam BH dan Utusan. Jika berita sedemikian dianggap sebagai mengugat keselamatan negara maka tindakan akhbar BH dan Utusan yang sering mengeluarkan berita negatif secara terang-terangan kepada pihak Pakatan juga wajar dianggap sebagai menggugat keselamatan negara.
Oleh yang demikian, pihak KDN harus bersikap lebih telus dalam menangani hal ini.sikap 'double standard' tidak harus diamalkan.Jangan sampai KDN dilihat sebagai benar-benar alat Barisan Nasional untuk menggugat kekuatan Pakatann Rakyat.Jika cara ini digunakan untuk memancing perhatian rakyat, maka kerajaan harus sedar bahawa cara ini hanya menimbulkan perasaan meluat rakyat terhadap kerjaan terutamanya rakyat yang terang akal fikirannya.
Selasa, 6 Julai 2010
Sila Mendaftar Sebagai Pengundi
Salam perjuangan
setelah agak lama tidak menulis akhirnya dapat juga meluangkan masa untuk post terbaru blog ini.
sekadar satu perkongsian mengenai isu daftar pemilih yang disiarkan di dada akhbar baru-baru ini.Hal ini disebabkan jumlah penduduk negara yang layak mengundi(usia melebihi 21 tahun) tetapi belum berdaftara dengan pihak SPR dianggarkan 4.39 juta orang. Jumlah ini merupaka satu jumlah yang sangat besar dan perlu diatasi dengan kadar segera.
Antara faktor kepada masalah ini mungkin disebabkan cara pendaftaran yang boleh dikatakan agak ketinggalan. Sedangkan pihak SPR boleh sahaja memperkenalkan pendaftaran secara automatik.Pelaksanaan daftar pemilih secara 'online' dilihat lebih ralistik dan relevan pada masa sekarang.Melalui cara ini, mungkin dapat meningkatkan bilangan rakyat Malaysia untuk mendaftar sebagai pengundi.
Pada satu sudut yang lain, hal ini juga berlaku mungkin disebabkan kesedaran politik rakyat Malaysia masih belum bercambah. Tambahan pula terdapat golongan yang mentah-mentah menolak politik lantas mengambil jalan mudah untuk langsung tidak mendaftarkan diri sebagai pengundi. Keadaan menjadi lebih parah apabila lebih ramai remaja dan mahasiswa yang turut mengambil pendekatan yang serupa. Mereka menganggap politik sebagai satu benda kotor dan menjijikkan tanpa mereka sedari peri pentingnya menjadi seorang pengundi untuk merubah segala kekotoran yang mereka ungkapkan itu.
Oleh yang demikian, pihak SPR,NGO, kerajaan, parti politik dan semua individu harus berusaha untuk meningkatkan kesedaran rakyat tentang peri pentingnya untuk berdaftar sebagai pengundi apabila telah cukup umur. Tidak berguna sekadar bercakap mengenai dasar negara, perancangan pembangunan namun pada masa yang sama mengabaikan tanggungjawab untuk memilih pemimpin yang terbaik.sekadar tulisan ringkas untuk mencuit kesedaran tanpa niat terselindung.

Langgan:
Catatan (Atom)