Pengerusi Konvensyen Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed mendedahkan enam punca Selangor - yang merupakan kubu kuat BN - jatuh ke tangan pembangkang dalam pilihan raya umum 2008 yang lalu.
Berucap di konvensyen tersebut di SACC Convention Shah Alam hari ini, Mohd Zin berkata enam punca tersebut ialah:
Pertama, prinsip muafakat mula bertukar menjadi konflik yang membawa mudarat.
Kedua, usaha menjuarai isu rakyat beralih haluan kepada tindakan memperjuangkan kaum kerabat.
Ketiga pergolakkan dalaman lebih ditumpukan berbanding usaha membina kekuatan.
Keempat, khidmat dan pendekatan lebih bercorak eksklusif bukan lagi inklusif.
Kelima BN agak ketinggalan dalam memanfaatkan teknologi maklumat.
Penyebab terakhir, aspirasi pengundi muda kurang difahami.
Sementara itu Bernama pula melaporkan, selain enam punca tersebut, Mohd Zin berkata semangat adik-beradik antara semua kaum di negara ini penting dalam memperkukuhkan kembali kedudukan BN di negeri itu jika benar-benar mahu memenangi kembali hati pengundi.
Katanya
semangat adik-beradik itu perlu untuk melakukan perubahan dalam BN di mana segala perkara yang diperjuangkan kaum Melayu perlu difahami kaum Cina dan India begitu juga sebaliknya.
"Melalui hubungan adik-beradik ini juga kita perlu sedar bahawa masalah orang Melayu adalah masalah orang Cina, masalah orang India dan begitulah juga apabila masalah orang Cina dan India adalah juga masalah orang Melayu," katanya.
Mohd Zin berkata semua pihak perlu bersatu dan mesti sedia melakukan perubahan sejajar dengan slogan konvensyen hari ini, 'BN Mampu Berubah, Sayangi Selangor Yakini BN, Selangor Take Over Plan (STOP) PRU 13'.
sumber:malaysiakini
---
komen penulis:
BN telah mengenalpasti punca kekalahan mereka. mampukah mereka memanfaatkan info yang ada sebagai satu senjata untuk meraih kembali kepercayaan rakyat. ataupun ini sekadar menguatkan kerajaan pakatan yang sedang memerintah. seandainya BN mampu menyelesaikan segala isu di atas, ini bermakna PR perlu berjaga-jaga. PRK Hulu Selangor boleh menjadi indikator AWAL terhadap sebarang hipotesis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan