Khamis, 29 April 2010

Kembalikan Keyakinan Rakyat

Assalamualaikum..

beberapa hari yang lalu, seorang remaja berusia 15 tahun telah meninggal dunia kerana ditembak di kepala oleh pihak polis. ekoran daripada peristiwa itu, maka kisah seorang lagi orang awam yang pernah ditembak secara rambang oleh pihak polis setahun yang lalu turut timbul semula.

pihak polis telah menuduh mangsa sebagai seorang penjenayah. sahabat mangsa yang ada bersama allahyarham pada hari kejadian berjaya melarikan diri selepas mendakwa dipukul oleh pihak polis.

perkara penting yang perlu kita lihat di sini ialah bagaimana nasib orang awam akibat kecuaian pihak polis. kerajaan malaysia mesti mengambil tindakan yang sewajarnya berkenaan kes ini. kenyataan daripada pihak polis yang melabelkan allahyarham sebagai penjenayah tanpa sebarang bukti yang kukuh melainkan degan hanya sebilah parang di dalam kereta adalah amat tidak patut. tindakan oleh pihak polis ini sangat tidak bertanggungjawab dan tidak beretika.

kejadian sebegini sebenarnya telah mencemarkan reputasi dan kredebiliti polis malaysia. memang diakui bahawa polis malaysia merupakan antara pasukan polis terbaik di dunia. akan tetapi, isu-isu berkenaan penyelewengan oleh polis menunjkkan bahawa status tersebut hanya indah khabar daripada rupa. di mana jaminan yang boleh diberikan oleh pihak polis sebagai satu badan yang menjaga keselamatan dalam negara malaysia ini jikalau orang awam yang patut dilindungi juga menjadi sasaran. tambah menyedihkan melabelkan mangsa yang tidak terbukti bersalah sememangnya satu kenyataan bacul.

tindakan kerajaan negeri selangor untuk menyediakan khidmat guaman kepada keluarga allahyarham wajar dipuji. usaha untuk membahaskan isu ini di Dewan Rakyat juga wajar untuk membela maruah allahyarham dan keluarga. jika benar pihak polis ingin membersihkan imej pasukan yang tercemar, maka satu tindakan yang tegas mesti dikenakan terhadap anggota yang terbabit..

ini penting sebagai satu petunjuk kepada rakyat malaysia, agar mereka boleh kembali merasa aman untuk menghadapi kehidupan seharian mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan