salam keinsafan
Imam Asy-Syaukani di dalam Nail Al-Authar telah mengemukakan antara lain dua hadith tentang hukuman bagi penghina Rasulullah s.a.w.. Hadith yang pertama sebagaimana diriwayatkan oleh Amirul Mu'minin Ali bin Abi Thablib R.A. sepertimana berikut yang bermaksud:
"Sesungguhnya terdapat seorang wanita Yahudi yang sering mencela dan mengejek-ejek Nabi S.A.W. (Oleh karena perbuatanya itu), perempuan itu lalu dicekik sampai mati oleh seorang lelaku. Ternyata Rasulullah S.A.W. menghalalkan darahnya"
Baru-baru ini kita didedahkan dengan isu penghinaan terhadap Rasul Muhammad s.a.w oleh tiga buah akhbar di sweden. Perkara sama pernah berlaku sebelum ini di Denmark yang mendapat tentangan dan bantahan oleh umat Islam di seluruh dunia. Tindakan yang dilakukan oleh Denmark dahulu yang menghina Rasulullah melalui lukisan karikatur amat keterlaluan. Akibatnya ramai umat islam yang keluar menyertai demonstrasi dan serta menyerahkan memorandum.
Sebelum ini, dilaporkan lakaran karikatur yang menggambarkan kepala Nabi Muhammad pada badan anjing - karya pelukis Sweden Lars Vilks - dikemukakan sebagai bahan pameran di sebuah pusat warisan budaya Sweden.
Mereka menggunakan alasan kebebasan bersuara bagi menghalalkan tindakan mereka ini sedangkan apa yang terjadi merupakan satu tindakan ekstrim. Sebenarnya tindakan sebeginilah wajar dikatakan sebagai melampau, tidak beradab, mencabar sensitiviti agama dan biadab!!
Oleh yang demikian, pada 26 Mac 2010, Dewan Pemuda Pas telah menganjurkan perarakan di Kuala Lumpur menuju ke kedutaan Sweden untuk menyerahkan memorandum bantahan. Antara kandungan memorandum tersebut adalah desakan kepada kerajaan Sweden agar mengambil tindakan terhadap tiga akhbar tersebut dan pelukis yang terlibat. Perarakan ini turut disertai oleh 19 NGO lain termasuk Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS). Dilaporkan seramai 500 orang yang menytertai perarakan tersebut.
Tindakan yang diinisiatifkan oleh Dewan Pemuda Pas ini merupakan satu tindakan yang baik dan wajar dipuji. Ini menunjukkan, masih ramai umat Islam yang cakna dan peka terhadap sensitiviti apabila timbul isu menghina Nabi Muhammad s.a.w.
Namun begitu, perkara yang kita perlu perhatikan dan perhalusi oleh setiap umat Islam di malaysia terutamanya, kita perlu memuhasabah diri kita sendiri. Kita perlu memuhasabah diri, mengapa akhir-akhir ini golongan-golongan kafir, yahudi dan nasrani semakin lancang dan biadap dalam menindas umat islam. pada 16 Mac lalu, Zionis Israel telah menceroboh Masjid Al-Aqsa dan membina kuil yahudi.
Isu utama yang dapat kita perhatikan yang menjadi punca pada masalah ini:
1- perpecahan umat islam di seluruh dunia
2- doktrin sekularisme,liberalisme,natioanalisme dan berbagai isme lagi telah menular dalam pemikiran umat islam termasuk yang berpendidikan agama.
3- hilang semangat cintakan ilmu bagi membezakan yang haq dan batil
4- hilang semangat jihad dan tidak memahami konsep jihad hingga menyebabkan takut untuk membawa agenda islam.
5- pemimpin negara islam yang lemah seperti di mesir dan jordan.
6- sekatan pada ulama untuk menyampaikan kebenaran.
7- golongan ulama su' yang tidak berterus terang dalam menyampaikan ilmu.
7- pemuda pemudi islam yang semakin hilang jati diri.
8- ketiadaan satu pusat pemreintahan islam seperti turki uthmaniyyah.
Apa yang dinyatakan di atas hanyalah sebahagian daripada punca yang membolehkan golongan kuffar sanggup menindas umat islam secara terang-terangan.
Oleh yang demikian, menjadi tanggungjawab setiap individu muslim bagi memperbaiki dan mempersiapkan diri masing-masing untuk menghadapi sebarang cabaran dan rintangan daripada golongan kuffar. Kepada pemuda-pemuda Islam, golongan ini merupakan nadi dalam perjuangan yang harus sentiasa bersiap siaga untuk membawa agenda islam ke seluruh pelusuk dunia.
wallahua'lam
"wahai orang-orang yang beriman!sesungguhnya jika kamu menolong agama Allah,nescaya Allah akan menolong kamu dan meneguhkan kedudukan kamu" (surah Muhammad:ayat 7)
Sabtu, 27 Mac 2010
Rabu, 17 Mac 2010
Apa ada dengan pilihan raya tempatan
ANALISIS BERITA
Oleh Wan Hamidi Hamid
6 MAC - Hampir dua tahun yang lalu, Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching telah meminta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan sama ada kerajaan bercadang untuk menghidupkan semua pilihan raya tempatan bagi Kuala Lumpur.
Dalam soalannya sewaktu sesi Dewan Rakyat pada Mei 2008, Ahli Parlimen DAP itu menambah, “Sekiranya, ya, bila dan jika tidak, mengapa?” Jawapan yang diterimanya dari pihak Menteri adalah: “Kerajaan tidak bercadang untuk mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan”. Tiada sebarang sebab atau alasan diberikan.
Ini dilihat sebagai sikap kerajaan pusat Barisan Nasional terhadap sebarang usaha untuk membincangkan soal pilihan raya di peringkat tempatan. Sejak pilihan raya tempatan digantung pada 1965 sewaktu Konfrontasi yang dilancarkan oleh Indonesia terhadap Malaysia dan dihapuskan terus pada 1976 di bawah pemerintahan Barisan Nasional, pimpinan Pusat tidak mahu melayan desakan mengadakan pilihan raya di peringkat akar umbi.
Alasan yang selalu didengar ialah pilihan raya tempatan akan memakan belanja besar dan sistem perlantikan sudah cukup baik untuk memenuhi keperluan rakyat.
Bagi pihak pembangkang, semua alasan itu dianggap lemah kerana mereka berpendapat sistem yang ada sekarang telah membolehkan kerajaan Barisan Nasional mencengkam kuasa di peringkat negeri melalui perlantikan ahli majlis tempatan.
Selepas pilihan raya umum 2008, negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat khususnya Pulau Pinang tetap mahu melaksanakan pilihan raya tempatan walau pun mereka mempunyai kelebihan atau “advantage” untuk melantik penyokong-penyokong mereka dalam majlis tempatan.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang menjelaskan bahawa ini bukan soal mengambil kesempatan atau meniru corak pentadbiran Barisan Nasional.
“Yang penting ialah memenuhi mandat rakyat. Pilihan raya tempatan adalah apa yang kami perjuangkan selama ini dan ia selaras dengan keperluan demokrasi dan hak rakyat. Ini adalah soal prinsip,” katanya.
Namun walau pun menawan beberapa negeri, sukar untuk Pakatan Rakyat melaksanakan pilihan raya tempatan kerana disekat oleh undang-undang terutamanya Akta Kerajaan Tempatan 1976.
Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada Ogos 2009 telah membahas dan meluluskan usul menggesa kerajaan persekutuan untuk meminda seksyen 10 dan seksyen 15 akta berkenaan supaya pilihan raya tempatan dapat dilaksanakan. Namun ketetapan itu tidak dipedulikan oleh kerajaan pusat.
Sejak pemansuhan pilihan raya di peringkat akar umbi itu, semua ahli majlis dan pegawai adalah lantikan terus dari parti yang memerintah. Apabila timbul masalah sama ada dalam soal kutipan sampah, longkang tersekat, kilang haram dan kesesakan lalu lintas serta isu-isu pencemaran alam dan cukai pintu, penduduk tempatan tidak dapat berbuat apa-apa terhadap ahli majlis dan pegawai kerana tidak dipilih oleh penduduk berkenaan.
Setidak-tidaknya, menurut kebanyakan pemimpin Pakatan Rakyat yang menyokong usaha menghidupkan kembali pilihan raya tempatan, sistem pemilihan oleh rakyat akan membolehkan mereka mengundi dan menolak mana-mana calon yang menjadi ahli majlis yang telah mengecewakan mereka.
Kuasa majlis tempatan sebenarnya luas kerana ia menentukan pengeluaran lesen dan permit, cukai, pembinaan bangunan, rumah dan kedai serta gerai, pengurusan lalu lintas dan pengangkutan awam serta kemudahan prasarana awam. Ia juga berkuasa dalam soal melulus atau menolak tender, atau tidak perlu mengadakan sistem tender, di peringkat kontraktor kecil.
Masalah yang sering berlaku selama ini, termasuk yang didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara setiap tahun, adalah penyalahgunaan kuasa dan penyelewangan tanpa dapat dipantau secara terperinci.
Sama ada sesebuah negeri diperintah oleh Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat, amalan biasa ialah melantik ahli majlis berdasarkan keahlian parti atau setidak-tidaknya kroni kepada parti atau pemimpin negeri.
Oleh kerana penduduk tempatan kecewa dengan sistem ini, mereka meluahkan marah terhadap kerajaan negeri serta Adun atau Ahli Parlimen kawasan mereka. Sedangkan Adun dan Ahli Parlimen sepatutnya menumpukan kepada soal dasar, masing-masing di peringkat negeri dan Pusat; dan bukan menumpukan masa dengan parit tersumbat di belakang rumah seseorang pengundi.
Dalam pada itu, kalangan yang menolak pilihan raya tempatan turut membangkitkan soal kaum. Kebimbangan mereka terutama di kalangan Melayu adalah kemungkinan tidak ramai orang Melayu akan dipilih dalam pilihan raya tempatan.
Alasan ini agak lemah dan biasanya dikemukakan oleh mereka yang pernah melalui zaman di mana majoriti penduduk bandar adalah kaum Cina dalam tahun-tahun 1950-an dan 1960-an. Keadaan sudah berubah sejak 30 tahun lalu, bukan sahaja melalui penghijrahan Melayu ke bandar tetapi juga kenaikan kadar kelahiran di kalangan orang Melayu.
Malah, jika lebih 140 majlis tempatan di seluruh negara mengadakan pilihan raya tempatan, kebanyakan kawasan adalah majoriti orang Melayu. Jadi ia tidak ada kena-mengena dengan kaum; sebaliknya isu-isu tempatan yang perlu dipenuhi oleh majlis tempatan seperti perancangan kawasan, sampah, sistem perparitan, lalu lintas, kutipan cukai dan sebagainya. Semua ini tidak mengenal warna kulit kerana ia merangkumi semua penduduk tempatan di kawasan berkenaan.
Lagi pula, pilihan raya tempatan bukan perkara baru kerana sejak 1857 sewaktu di bawah jajahan British, Pulau Pinang menjadi negeri pertama mengadakan pemilihan itu bagi majlis bandaraya Georgetown. Walau pun dihentikan seketika pada 1913, ia dipulihkan kembali pada 1951.
Pada 1952, ia diperluaskan ke Kuala Lumpur dan kemudiannya pada 1955, pilihan raya tempatan pertama diadakan di seluruh negara. Semua kecuali satu kerusi dimenangi oleh Perikatan yang dianggotai oleh Umno, MCA dan MIC.
Hanya apabila Perikatan kehilangan kerusi kepada pembangkang dalam tahun-tahun 1960-an, ia telah menggantung sistem demokrasi di peringkat akar umbi itu atas alasan gangguan ketenteraman awam sehingga ke hari ini.
Walau pun selepas negara kembali aman, laporan Athi Nahappan yang mencadangkan kepada kerajaan supaya menghidupkan kembali pilihan raya tempatan, telah ditolak oleh pemerintah pusat. Dan apa-apa cadangan yang sama terus ditolak sampai sekarang tanpa sebarang alasan yang kukuh.
Berikutan masalah yang sering tersangkut ini, Lim Guan Eng telah menerajui pentadbiran negeri untuk menghidupkan semula pilihan raya tempatan sebagaimana yang diputuskan dalam mesyuarat exco negeri pada Rabu lalu (3 Mac). Beliau telah mengutus surat kepada SPR pada Khamis lalu (4 Mac) supaya mengguna pakai Perkara 113 (4) Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan SPR menggunakan kuasanya untuk mengadakan pilihan raya tempatan.
Hanya masa akan menentukan sama ada permintaan Ketua Menteri Pulau Pinang itu akan dilayan, atau ditolak sebagaimana yang biasa dilakukan sejak Laporan Athi Nahappan dikemukakan kepada kerajaan lebih 40 tahun lalu.
SUMBER: www.themalaysianinsider.com
-------------------
Komen Penulis:
Pakatan Rakyat sedang berusaha untuk memenuhi manifesto mereka semasa kempen pilihanraya yang lalu sementara kerajaan masih bertegas untuk kekal dalam sistem yang lama atas alasan belanja yang besar dan kemungkinan berlaku politiking. apapun, jika sistem ini berjaya dilaksanakn kembali, maka perut 'jerung besar' yang berkuasa sebelum ini bakal kempis dan berada dalam zon bahaya.adakah perancangan Pakatan Rakyat akan berjaya??apakah reaksi Lim Guan Eng selepas ini?apa tindakan Datuk Seri Najib?

Rabu, 10 Mac 2010
Zulkifli tarik diri wakili Anwar
KUALA LUMPUR 9 Mac – Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin hari ini menarik diri daripada mewakili Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam permohonan qazaf beliau berkuat kuasa serta-merta.
Pendirian Zulkifli itu dibuat sehari selepas beliau mengkritik isteri Anwar yang juga Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail kerana tidak mempertahankan beliau dalam isu kalimah Allah sehingga dipecat daripada parti pada Sabtu lalu.
Zulkifli memaklumkan penarikan diri itu dalam sepucuk surat yang dialamatkan kepada Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan dan telah dimuat naik dalam blognya http://zul4kulim.blogspot.com/, petang ini.
“Dimaklumkan bahawa berdasarkan kedudukan mutakhir yang sedia dimaklumi, saya tidak bersedia mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi kes permohonan di atas (qazaf).
“Saya dengan ini memaklumkan menarik diri dan terhenti daripada mewakili dan/atau bertindak sebagai peguam syarie Datuk Seri Anwar Ibrahim berkuat kuasa serta merta,” tulisnya dalam surat berkenaan.
Dalam surat berkenaan, Zulkifli turut memohon kebenaran dan kemaafan pihak Pendaftar Mahkamah itu untuk tidak hadir pada sebutan kes yang dijadualkan esok.
Salinan surat berkenaan turut dihantar kepada peguam syarie Anwar, Tetuan Kamar Ainiah, Raziff & Zashidi, peguam syarie responden, Tetuan Zainul Rijal & Associates dan Anwar sendiri.
Pada 7 Januari lalu, Anwar memfailkan permohonan qazaf bagi mendapatkan perintah mahkamah untuk mengarahkan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain supaya mendakwa Mohd. Saiful Bukhari Azlan dengan tuduhan qazaf kerana mendakwa diliwat Penasihat PKR itu.
Beliau menamakan Shamsuddin, Pengarah Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Jamil Khir Baharom sebagai responden pertama hingga ketiga.
Mengikut Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997, qazaf ialah tuduhan terhadap seseorang yang melakukan zina tanpa membawa empat orang saksi lelaki.
Seksyen ini adalah bagi mengelak seseorang menuduh orang lain berzina.
SUMBER: Utusan Malaysia
komen penulis:
satu lagi tamparan pada PKR setelah dibelenggu kerenah beberapa ahli yang keluar parti.adakah tindakan saudara Zulkifli Nordin ini akan mengurangkan sokongan ahli terhadap Pakatan Rakya atau sebaliknya.
Persoalan yang timbul,mengapa saudara Zulkifli menarik diri secara tiba-tiba? adakah beliau berjuang atas semangat parti ataupun pada memperjuangkan kebenaran?
Jika saudara Zulkifli benar memperjuangkan kebenaran ini bererti Datuk Seri Anwar Ibrahim benar-benar bersalah..
APAKAH CERITA SETERUSNYA POLITIK MALAYSIA
Ahad, 7 Mac 2010
DI MANA SILAPNYA
salam ukhuwwah..
Hari ini, 6 Mac 2010 satu lagi berita yang menyayat hati manusia yang menpunyai hati nurani telah berlaku.
"Mayat seorang bayi perempuan ditemui dalam sebatang longkang dalam keadaan menyedihkan kerana masih mempunyai tali pusat serta kesan darah pada badannya.
Bayi malang itu ditemui pada pukul 2.45 petang di kawasan berdekatan Pasar Stutong di sini oleh dua kanak-kanak berusia 13 tahun yang kebetulan bermain di situ.
Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Mun Kock Keong berkata, sepasukan polis yang dimaklumkan mengenai penemuan mayat itu bergegas ke tempat kejadian."
berita di atas merupakan kejadian yang dilaporkan oleh akhbar Utusan Malaysia yang berlaku di Kuching, Sarawak.
Baru-baru ini kita baru dikejutkan dengan peristiwa adik K. Hareswarral yang baru berusia 18 bulan didera oleh suami penjaganya yang mengakibatkan 6 tulang rusuknya patah, hatinya hancur serta cedera parah di kepala akibat penderaan itu. Akhirnya adik K. Hareswarral juga meninggal dunia.
Sebelum itu, satu lagi kes dera berlaku melibatkan kematian adik Syafiah Humairah Sahari, 3, dipercayai didera oleh teman lelaki ibu kandungnya sendiri.
Fenomena tidak sihat yang berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini menunjukkan Malaysia mengalami satu masalah keruntuhan akhlak dan moral yang sangat kritikal. Seandainya tidak ada langkah pencegahan segera diambil maka sudah tentu jumlah mangsa terutamanya kanak-kanak yang tidak bersalah akan bertambah daripada masa ke semasa.
Kejadian yang berlaku ini juga menunjukkan bahawa ramai rakyat Malaysia yang menghadapi masalah emosi yang tidak stabil. Emosi yang tidak stabil ini boleh kita ertikan sebagai kegagalan individu itu untuk membuat pertimbangan dengan waras dan saksama ketika menghadapi konflik dan tekanan. Akhirnya, segala masalah dan tekanan yang dihadapi dilampiaskan pada orang yang tidak bersalah.
Kemungkinan lain yang menyumbang kepada kejadian tragis begini mungkin disebabkan oleh persekitaran di negara ini yang barangkali masyarakatnya sudah hilang nilai moral dan akhlak masing-masing. Kempen memperkasakan budi bahasa dalam kalangan masyarakat Malaysia seolah-olah sekadar slogan RETORIK.
Persoalan yang boleh dilontarkan ialah bagaimana perkara yang boleh kita katakan sebagai tidak bertamadun ini boleh berlaku dalam negara kita yang mendakwa didiami oleh rakyat yang penuh toleransi. Tetapi hakikat yang berlaku menunjukkan realiti yang ada tidak sama dengan apa yang cuba dilaungkan. Tambah menyedihkan kejadian ini berlaku dalam negara yang mendakwa sebagai sebuah negara Islam dan menjadi contoh kepada negara-negara lain. Apakah peningkatan kes penderaan ini wajar menjadi contoh pada negara-negara lain atau sekadar sebagai makluman bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang sebenarnya masih jauh daripada kehidupan yang bertamadun. Sepatutunya kehidupan bertamdun itu merangkumi sistem yang dapat membela nasib orang yang dianiayai, masyarakat yang penuh beretika dan seumpamanya.
Satu perkara yang mungkin boleh kita perhatikan di sini adalah untuk mendaulatkan kembali undang-undan Islam yang sememangnya satu penyelesaian terbaik untuk menjadi penwar kepada masalah yang melanda masyarakat di Malaysia pada masa ini. Sebelum ini kita terlalu mencari penyelesaian kepada masalah yang dihadapi menggunakan akal kepala kita yang terbatas. Sedangkan kita sepatutnya mengembalikan penyelesaian kepada segala masalah kepada Tuhan Yang Menciptakan kita. Ini adalah satu resolusi yang masih belum dilaksanakan sedangkan sebelum ini pelbagai macam undang-undang dan akta yang dirancang oleh manusia kita gunakan. Kenapa tidak kali ini pemimpin-pemimpin kita cuba untuk kembali pada undang-undang Islam yang sebenar sebagai alternatif kepada segala masalah dalam masyarakat.
"ISLAM ITU TINGGI DAN TIDAK ADA YANG LEBUH TINGGI DARIPADA AGAMA ISLAM"

Langgan:
Catatan (Atom)