Khamis, 18 Februari 2010

PEMIMPIN KITA KELIRU??

Isu sambutan maulidur Rasul kini menjadi satu lagi isu yang dipolitikkan di tanah air kita.ini ekoran dakwaan daripada UMNO bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang ingin membatalkan perarakan sempena maulidur Rasul.Di pihak ketua menteri pula, beliau mengatakan dakwaan UMNO adalah fitnah semata-mata.

semalam iaitu 17 Februari 2010, Ustaz Idris Ahmad, ketua penerangan PAS Pusat selepas merasmikan Mesyuarat Agung Cawangan-cawangan PAS DUN Seberang Takir,Kuala Terengganu berkata bahawa pemimpin UMNO benak kerana gagal melihat isu yang lebih besar berbanding sambutan maulidur Rasul.

menurut Ustaz Idris Ahmad, UMNO sengaja ingin menghangatkan isu ini sedangkan sambutan maulidur rasul hanyalah merupakan satu syiar Islam. sekiranya tiada sambutan besar-besaran ataupun perarakan diadakan, itu tidaklah menjadi satu kesalahan ataupun dosa bagi umat Islam.

Adapun amalan BERTAFAKKUT di hadapan tugu negara yang jelas merupakan satu perkara yang haram seolah-olah dipandang sepi oleh mereka. ini menunjukkan pemimpin UMNO keliru perkara yang lebih besar dengan membangkitkan isu-isu cabang yang pastinya tidak menggugat akidah sebagai seorang muslim.

Boleh jadi betul pemimpin UMNO yang TERLIBAT dengan isu maulidur rasul ini benak??ataupun keliru??ataupun sengaja membutakan mata??

3 ulasan:

  1. saya tidak memihak kepada mana2 pihak..tetapi sekiranya kita berpandangan ilmu..kita boleh memilih dengan cara bijaksana...

    BalasPadam
  2. tidak berpihak kepada mana2 pihak bukan beerti tidak ad sdikit pun kecenderungan kpd mana2 pihak kan??ke macam mana saudara muid??

    BalasPadam
  3. muid seolah2 ingin lari daripada kebenaran...ayuh muid, jangan takut dgn kebenaran...

    BalasPadam