Isnin, 5 Oktober 2009

SABAR VS UJIAN

hampir sebulan blog ni dibiarkan tanpa pos2 terbaru..
sekadar perkongsian dari kuliah subuh yang dihadiri beberapa hari yang lalu berkenaan sabar dan ujian yang datang daripada AllaH S.W.T

3 bentuk kesabaran
(1) Brsabar dlm melakukan ketaatan kpd Allah
(2) Brsabar dlm menjauhi maksiat/perkara yg dilarang oleh Allah
(3) Brsabar dlm mghadapi ujian kehidupan.

4 sebab mengapa ujian diturunkan :
(1) Ketinggian darjat seseorang di dunia & di akhirat
(2) Satu bentuk tarbiyah/pnddkn/pmbntukan diri manusia
(3) Satu bentuk perhambaan kepada Allah
(4) Allah ingin memberi ganjaran pahala kpd hambanya

Di sini kita dapat melihat betapa hidup manusia itu sememangnya tidak lari daripada ujian daripada Pencipta kita sendiri. Kadang2 kita diuji dengan kesenangan yang berlimpah ruah dan kadang2 dalam keadaan yang dirasakan sempit. contoh paling dekat mungkin dapat dilihat dari sudut akademik bagu seorang pelajar. ramai yang bersungut apabila diuji dengan markah atau keputusan yang rendah walaupun telah membuat persiapan yang terbaik (bukan bagi orang yg tidak berusaha). sedangkan mungkin dengan markah yang rendah itu Allah ingin menaikkan martabat seorang insan di sisi-Nya. mungkin juga sebagai kifarah bagi dosa2 yang kita lakukan. bagi yang mendapat keputusan yang baik, boleh jadi keputusan itu menjadikan diri kita semakin renggang dengan Allah Taala dan mengikis sifat tawaduk kita. maka menjadi kemestian bagi kita untuk SELALU meminta kekuatan dan petunjuk dari Allah dalam segala ujian yang kita hadapi.

kesabaran untuk menghadapi ujian bukanlah sesuatu yang mudah untuk menjadi amalan bagi manusia. berdasarkan pengalaman diri yang kerdil ini, sering terkhilaf kecewa dan berputus asa dengan ujian yang sampai.moga Allah mengampuni dosaku itu. kadang2 terasa diri ini kerdil dan lemah untuk menanggng beban taklifan yang diperoleh lantaran keupayaan yang dirasakan masih lagi kurang. pernah juga mendengar keluhan sahabat yang merasakan dirinya sudah tidak mampu memikul amanah yang ditanggung di pundaknya lantaran putus asa atas ujian yang sampai. namun satu perkara yang harus diingat "Allah tidak menguji seseorang melainkan mengikut kemampuan dirinya ". di sinilah perlunya sabar dalam menghadapi ujian.

dalam konteks berukhwah pula kita boleh menilai bagaimana kita ingin menanamkan sifat sabar menghadapi ujian berbentk kerenah sahabat kita yang kurang menyenangkan, serta kadang2 tersilap langkah terhadap kita. oleh itu penghayatan tentang ilmu sabar dan mujahadah untuk menjadikan kesabaran itu sebagai darah daging dalam hidup kita merupakan kemestian. sabar itu juga adalah asas yang sangat penting untuk terus istiqamah bagi orang yang ingin menegakkan Islam dalam dirinya, keluarga, masyarakat,negara dan dunia. untuk melakukan ketaatan itu sememangnya memerlukan kita membayar sabar dengan harga sabar yang cukup tinggi.

hidup dalam zaman yang serba moden ini pula pasti mendedahkan kita pada godaan dosa dan maksiat yang sangat kuat. perhubungan antara lelaki dan perempuan yang begitu bebas jelas sekali telah merosakkan ketamadunan itu sendiri. pelbagai rancangan di televisyen dan penyalahgunaan internet yang berleluasa ketika ini jelas menyebabkan kemerosotan akhlak dan adab muda-mudi zaman kini makin parah. mereka menganggap bergelumang dengan aktivit tidak senonoh dan mendorong kepada kemaksiatan menjadi satu kebanggan. harus diakui bahawa kita telah kembali pada satu tamadun yang sangat buruk dan menjengkelkan. tapi di sinilah perlunya kesabaran mengahadapi godaan kemaksiatan dan kemungkaran yang datang kepada kita. kesabaran itu perlu untuk kita bersiap sedia menjadi agen perubahan bagi sistem sosial yang tercalar ini.

sekadar renungan dari hamba yang kerdil..