Isnin, 31 Ogos 2009

HADIAH MERDEKA

hari ni 31 ogos 2009 kerajaan malaysia telah melakukan perkara yang sangat mulia sebagai satu hadiah kepada rakyat malaysia sempena hari merdeka.

minyak Ron 97 dinaikkan harga pada RM2.05 manakala Ron 95 pada RM1.80.

apakah alasan yang digunakan bagi menaikkan harga minyak ini.?apakah muslihat di samping kenaikan harga minyak yang tiba2 ini..

wait and see......

Khamis, 13 Ogos 2009

siapa kita

dunia
tempat tinggal manusia
baik,jahat,semua tinggal sekali
mencorak rumah dunia
saling bercakaran
mengikut kepala sendiri

manusia
itu apa?
insan terbaik atau binatang durjana?
lalu apa
makin lama makin menjadi
semakin mengada-ngada
berlagak tuan padahal hina
merasa kuat padahal lemah

pelik
di mana insan yang layak?
sampai bila dunia begini
rumah dunia ini perlu dibaiki
perlu ditampung bocor-bocor yang ada
harus diganti keperluan yang buruk

ayuh
mantapkan diri
kukuhkan akhlak dan sikap
tegarkan jiwa yang kudus
tetapkan hati yang kental
kembali berpandu pada ajaran Pencipta
agar kita menjadi perubah dunia
agar kita mewah di rumah baru
bukan rumah keruntuhan tamadun

Selasa, 11 Ogos 2009

MENGHARAP PADA PENCIPTA

hidup manusia itu memang tak selalu senang.kadang2 gembira, tertekan, sedih dan
pelbagai lagi perasaan yang sememangnya menjadi fitrah dalam diri manusia.
namun harus diakui bahawa setiap masalah yang kita rasakan pasti tidak lari dari percaturan
Pencipta kita sendiri iaitu ALlah SWT.Dia Maha Mengetahui segala apa yang berlaku terhadap hambaNya. setiap ujian pasti setimpal dengan kemampuan seseorang itu. sesungguhnya setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati.

oleh itu sebagai seorang makhluk yang kerdil yang percaya pada kekuasaan Allah SWT, maka kita tidak boleh lari untuk meminta pertolongan Allah dalam setiap masalah yang kita hadapi.sesungguhnya Allah adalah sebaik tempat untuk kita meminta pertolongan sebelum kita berikhtiar melalui pertolongan makhluk. sekadar coretan untuk mengubat hati dek keasyikan dalam bekerja.